Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

Mohon Belas Ihsan Semua Bagi Membantu Biaya / Tajaan / Zakat bagi lanjut pelajaran ke Jordan

Mohon Belas Ihsan Semua Bagi Membantu Biaya / Tajaan / Zakat bagi lanjut pelajaran ke Jordan
Tinggal di Kg Merawan Indah. 8 adik beradik di sara ibu tunggal. Bapa meninggal dunia sakit kanser tulang pada Nov 2008. Lulusan Kolej Islam Darul Ridzuan. Kuala Kangsar. (No Matrix Pelajar 2006001356). Telah berangkat ke Jordan pd 6hb Sept, Sedang belajar disana dan sumbangan boleh terus disumbangkan untuk beliau. Bersama tunaikan hak kewajipan kita sesama Islam. (no tel beliau di Jordan, 00962779408964) Jzk.

Hebahan Program (July - Dec)

Himpunan Mesra Muslimat Zon Bandaraya pada hari Sabtu, 25hb Julai 2009 jam 3.30 ptg bertempat di Dewan Maxwell, Tingkat 1 Hotel Hillcity, Ipoh.
Penceramah : Aiman Athirah Al-jundie (DMP Pusat). Pendaftaran RM5 seorang. Semua muslimat di jemput hadir.

Ijtimak PAS Kawasan Gopeng.
Bersama Ustaz Idris Ahmad pada Sabtu 25hb Julai 2009 di Markaz Tarbiyyah PAS Kaw Gopeng, Rapat Setia, jam 8 malam. Sila hadir dan sebarkan.

Himpunan Pemuda PAS Perak
pada hari Ahad, 2hb Ogos 2009 bertempat di Markaz PAS Bagan Serai, jam 11 pagi. Sebarkan pada semua ahli di cawangan anda.

Ijtimak PAS Kawasan Gopeng
Pada hari Selasa, 11 Ogos jam 9 malam. Di Mks Tarbiyyah PAS Gopeng. Hebahkan & Hadir beramai-ramai.

Ceramah Agama
Oleh Ustaz Sidek Noor pada Khamis, 13 Ogos 2009. Selepas solat maghrib di Masjid Changkat Larang. Semua dijemput hadir.

Tazkirah Ramadhan Bersama DS Anwar Ibrahim
pada hari Sabtu, 2hb Sept 2009 bertempat di Markaz Jamek (Lama) Gopeng. Sebarkan pada semua dan hadir beramai-ramai.

Ketua & SU Caw diminta hadir ke Majlis Lawatan & Iftar bersama Harian PAS Pk di Mkz Rapat Setia pada 08hb Sept 2009 jam 5ptg.

Teknik menjawab soalan ujian kemasukan ke Sekolah Izzuddin / Taayah / Sarjana di Surau Al-Ehsan, Taman Indah Jaya pada 11/09/09 jam 2.30 petang. Pendaftaran RM10.00, minta disebarkan.

Ceramah Badar al-Kubra pd 12hb Sept akan bermula pada jam 8.30mlm (solat Isyak dan Terawih berjemaah). Tempat Markaz PAS Pengkalan Pegoh, Desa Pengkalan Indah. Sila bawah sejadah standby kut-kut melimpah keluar.

Pemuda PAS & Semua Ahli Jawatankuasa di minta hadir gotong royong set-up tempat Majlis Raya PAS Pk, pada Sabtu, 16hb Okt 2009 di Arena Square, Bt Gajah.

Himpunan bulanan pemuda PAS Kaw Gopeng. Pada Rabu, 28hb Okt 2009, jam 9:15mlmdi Mkz PAS Kaw Gopeng, Rapat Setia.

Ijtimak PAS Kaw Gopeng bersama Ustaz Idris Ahmad pada Selasa, 3hb Nov 2009 di Mkz PAS Rapat Setia. Sila hadir dan war-war kan.

Ijtimak PAS Kaw Gopeng bersama Hj Mat Sabu, 1hb Dis 2009 di Mkz PAS Rapat Setia. Wajib hadir bg semua jwtnkuasa caw, kawasan.

note: Tidak semua xtvt/perancangan/gerakerja di paparkan disini. Untuk makluman terkini program, hubungi S/U atau Ketua Penerangan. Harap Maklum. Jzk.

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN GOPENG 2009

Thursday, December 17, 2009

500,000 penduduk Perak belum daftar pengundi

Petikan daripada Malaysiakini.com
Dis 16, 09 2:59pm
Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata angka tersebut berdasarkan rekod sehingga April tahun ini.

DPPGopeng : Apa lagi ditunggu Yop. Diharapkan kita dapat bersama-sama menggerakkkan jentera daftar pemilih bagi merebut peluang ini. 500,000 bukan sikit tu. Kalau di Kawasan Gopeng kita dapat sapu semua pengundi yang tidak berdafatar ni, mau biru muka Kak Midah kita.

Jom..Moh Daftar sebagai Pemilih!

Thursday, December 10, 2009

KONSEP PERPADUAN DAN KESATUAN ISLAM (3)

SIAPA RASIS ???

Tauhid menjadi panduan malah dalam banyak keadaan ia menjadi pra-syarat penting kepada seseorang Islam menjalankan kehidupannya. Kefahaman dan pelaksanaan tauhid dalam Tamadun Islam sudah tentunya melahirkan satu masyarakat yang mempunyai satu matlamat yang jelas dalam urusan seharian dalam usaha membina Tamadun Islam terutama dari sudut mengabdikan diri kepada Allah Pencipta Alam Semesta dan berbakti serta berbuat baik kepada seluruh manusia tidak kira bangsa, kaum, suku, dan agama...Itulah kesan kemajuan perpaduan dari Tamadun Islam.

Islam di utuskan di tengah kota Mekah yang terdirinya tamadun jahiliyah yang mementingkan suku, puak dan bersemangat kebangsaan ( macam UMNO la tu ). Mereka rela berperang demi untuk menjaga puak mereka. Bagi mereka puak yang lain tidak setanding dengan mereka. Utusan Allah iaitu nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk memelihara sekalian alam disebabkan rosaknya puak arab jahiliyah ketika itu..baginda menyeru ke arah ketamadunan Islam tidak kira warna kulit, bangsa dan suku puak..maksudnya berbilang bangsa. Puak ini amat degil menerima nasihat baginda . Mereka tetap mengatakan merekalah yang betul, agama merekalah yang betul, merekalah yang menjaga kepentingan masyarakat dan sebagainya...

Puak ini amat degil..macam UMNO lah...kita kata dia parti bersemangat kebangsaan...membawa pecah belah,,,,dia kata tidak....akhirnya..apa kata mantan presidennya..UMNO adalah parti yang bersemangat perkauman...jadi bagaimana...adakah ini parti yang perjuangkan perpaduan..??

akan bersambung......

KONSEP PERPADUAN DAN KESATUAN ISLAM (2)

AKIDAH

Akidah bermaksud sebagai kepercayaan seluruh jiwa terhadap ke Esaan Allah s.w.t sebagaimana yang terdapat dalam syahadah. Akidah merupakan sumber aspirasi dan motif penggerak Tamadun Islam.

Tauhid menjadi panduan malah dalam banyak keadaan ia menjadi pra-syarat penting kepada seseorang Islam menjalankan kehidupannya. Natijah dari kefahaman dan pelaksanaan tauhid dalam Tamadun Islam sudah tentunya melahirkan satu masyarakat yang mempunyai satu matlamat yang jelas dalam urusan seharian dalam usaha membina Tamadun Islam terutama dari sudut mengabdikan diri kepada Allah Pencipta Alam Semesta dan berbuat baik kepada seluruh manusia.

UMNO ...bertamadunkah UMNO..sedangkan mereka mengizinkan politik wang. Politik wang sama erti dengan memberi rasuah. Bolehkah politik wang atau rasuah yang diamalkan UMNO ini membantu membina Tamadun Islam..

Jelas UMNO parti yang tidak bertamadun..mereka telah meruntuhkan Tamadun Islam.

KONSEP PERPADUAN DAN KESATUAN ISLAM

Manusia, budaya, bahasa dan kepercayaan bersatu membentuk kesatuan melalui prinsip-prinsip tuhan yang esa dan mutlak iaitu Allah s.w.t. Seluruh alam semesta termasuk manusia perlu tunduk kepada hukum dan peraturan yang berasaskan kepada tauhid....

UMNO tidak mengamalkan cara ini kerana dia mengamalkan sekular dan tidak mengiktiraf peraturan yang berasaskan kepada tauhid...

UMNO mengamalkan undang-undang barat...iaitu undang-undang sekular yang diasaskan oleh lord ried...

Islamkah perjuangan UMNO ???

Perpaduankah perjuagan UMNO???

Tun Mathadir sendiri mengaku UMNO adalah parti perkauman...jelas terhadap komennya pada Nazri...

Bermakna benarlah...undi parti yang memperjuangkan Prinsip Islam menjamin dan berpotensi untuk menemui Syurga yang dijanjikan oleh Allah berdasarkan prinsip Tauhid..

UMNO patut dibuang terus kerana UMNO itu...busuk hingga ke ususnya..

Wednesday, December 9, 2009

Apa erti perjanjian jika larang Chin Peng?
Lee Ban Chen
Dis 8, 09
6:46pm
Selepas 20 tahun menuntut tanpa henti-henti, fajar harapan Chin Peng untuk kembali ke tanah tumpah darahnya mulai menyingsing apabila bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor secara terbuka mengakui beliau berhak pulang seperti Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara PKM dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989.

Sebagai perunding utama yang mewakili kerajaan Malaysia dalam rundingan tersebut, Abdul Rahim dalam wawancara eksklusif Malaysiakini tampil mempertahankan legitimasi setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) untuk kembali, sekurang-kurang menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau menegaskan bahawa perjanjian terbabit meliputi seluruh ahli PKM dari lapisan terbawah sehingga lapisan tertinggi. Chin Peng yang dianggap sebagai pemimpin dalam hierarki tertinggi parti itu pastilah tidak boleh diketepikan.

Dijelaskan, ahli PKM yang lahir di Malaya dibenarkan kembali ke Malaysia jika mereka ingin berbuat demikian, dengan syarat pilihan mereka itu perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa terbabit dalam tempoh masa 12 bulan selepas tarikh perjanjian dimeterai.

Kebanyakan bekas ahli PKM (lebih 300 orang) telah dibenarkan kembali ke tanahair dan menetap di negara ini. Mereka diterima sebagai warganegara bertanggungjawab oleh masyarakat tempatan, bertungkus-lumus mencari nafkah dan berkhidmat kepada komuniti dengan cara masing-masing.

Mereka yang mengambil keputusan untuk menetap di Thailand, pangkalan asal perjuangan mereka, juga dibenarkan kembali melalui pas lawatan sosial meski tidak diizinkan tinggal buat selama-lamanya.

Abdul Rahim memberi contoh Abdullah CD, bekas pengerusi PKM dan isterinya Suriani Abdullah yang dibenarkan kembali ke tanahair melalui pas lawatan sosial, mereka malah berpeluang menghadap Sultan Perak.

Pada hakikatnya, ramai lagi pemimpin Melayu PKM, termasuk Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin telah kembali dan menetap di negara ini atau berkunjung sebagai pelancong.

Sudah barang tentu mereka kembali tanpa dikenakan syarat mengemukakan dokumen peranakan seperti yang dikenakan terhadap Chin Peng, dan mereka juga tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk meminta maaf dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Sukar dipercayai kesudian Chin Peng untuk meminta maaf secara terbuka – jika terbukti ada rakyat tidak berdosa telah dibunuh oleh PKM dalam perbalahan bersenjata tersebut – telah ditolak secara kasar dan angkuh oleh pemimpin Umno.

Jika Chin Peng tidak boleh dimaafkan, kenapa kerajaan merasa sesuai untuk mengikat perjanjian damai dengan pihak beliau untuk menamatkan permusuhan dan perbalahan bersenjata 20 tahun dahulu?

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada Chin Peng, bersedia untuk meminta maaf kepada saudara mara ribuan rakyat tidak berdosa negara ini yang telah dibuang negeri, dipenjarakan, malah dibunuh oleh pihak kerajaan yang bersubahat dengan penjajah British.

Sekiranya kerajaan Malaysia telah menjalankan tanggungjawab perjanjiannya – seperti pihak PKM dan kerajaan Thailand, dan Chin Peng tidak dijadikan sasaran sentimen perkauman dan anti-komunis yang diapi-apikan oleh media arus perdana – maka impian nya untuk kembali ke kampung halaman, terutamanya untuk menziarahi kuburan ibu bapa dan ahli-ahli keluarganya, pasti sudah terkabul lama dahulu seperti ratusan rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

Memang benar hujah Abdul Rahim bahawa dalam apa-apa perang atau sengketa bersenjata sekalipun, pasti ada kematian dan kecederaan. Jika pihak kerajaan mendakwa angkatan bersenjatanyalah yang mengalami kerugian paling besar, maka pihak PKM juga akan membuat dakwaan yang sama.

Dalam ucapan Chin Peng pada perayaan ulang tahun ke-20 perjanjian damai di Hatyai, mungkin juga ucapan umum terakhirnya, Chin Peng secara ikhlas merayu kepada semua pihak terbabit agar melenyapkan segala permusuhan dengan semangat persefahaman dan pengampunan.

Beliau malah berkabung selama satu minit bagi mereka yang terkorban dalam perang tersebut daripada ketiga-tiga pihak, iaitu angkatan bersenjata PKM, Malaysia dan Thailand.

Beliau memberi nasihat kepada kerajaan agar tidak mencemarkan perjanjian damai Hatyai yang telah diakui dan disokong secara luasnya di dalam dan luar negeri, kerana menolak permintaannya untuk kembali ke pangkuan ibu pertiwi.

Kepada pemimpin kerajaan dan bekas anggota angkatan bersenjata yang menentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke Malaysia, Abdul Rahim menasihati mereka agar jangan terlalu emosi, dan perlu memahami tanggungjawab mereka terhadap perjanjian damai yang bertujuan untuk menamatkan segala permusuhan.

Namun amat dikesali, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tokoh di belakang perjanjian damai Hatyai, mengambil sikap lepas tangan dalam isu tuntutan Chin Peng tersebut yang munasabah di sisi perjanjian.

Katanya, beliau akan bersetuju Chin Peng pulang jika keputusan itulah yang dibuat oleh rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa 20 tahun dahulu, kerajaan membuat keputusan bagi pihak rakyat untuk mengikat perjanjian damai dengan PKM untuk menamatkan permusuhan dan menjalin persahabatan baru.

Setelah 20 tahun selepas termeterainya perjanjian itu, Dr Mahathir masih bercakap tentang keperluan menjelaskan kepada rakyat tentang wujudnya perjanjian terbabit, seolah-olah rakyat masih tidak mengetahui kewujudannya.

Siapakah yang patut dipersalahkan atas perkembangan yang begitu mengecewakan ini?

Yang jadi masalah sekarang, bukan saja menunaikan impian atau hak seorang tua, tetapi berkaitan isi kandungan dan semangat perjanjian damai Hatyai, dan prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) negara kita.

Apakah maknanya sebuah janji yang tidak dikotakan?

sumber : malaysiakini

ISU ROYALTI PETROLEUM, APA KAITAN DENGAN RAKYAT PERAK ?

Dalam kehangatan rakyat Kelantan mempertahankan hak mereka berkaitan dengan royalti petroleum, rakyat Perak mungkin ada yang kurang jelas, kurang mengambil tahu atau tidak merasakan kesan signifikasi isu ini dengan sosial kehidupan harian mereka.

Rakyat kelantan ramai yang arif dan sedar apa isikandungan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Malah lebih beruntung kepada rakyat yang faham hak mereka terhadap wang berjuta ringgit berkenaan serta bagaimana wang tersebut boleh dibelanjakan untuk manfaat pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan insan di Kelantan. Menurut laporan Indek Pembangunan Insan Antarabangsa, pembangunan insan bukan sekadar suatu perancangan pendidikan kepakaran semata-mata, malah ia memberi impak kemajuan rakyat dari aspek indek literasi (tahap membaca), kemahiran, penghasilan idea bernas serta tahap dayacipta yang baik.

Jika benar wang royalti tersebut berjaya jatuh ke tangan kerajaan PAS Kelantan sekarang, ia mampu dijelmakan dalam bentuk pembangunan yang adil agihannya, menjurus kepada penundukan kepada Allah (rabbani) serta pulangan hasil jangkapanjang yang lebih baik. Inilah isu HAK rakyat yang diperjuangkan oleh rakyat Kelantan.

Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Isu utama yang ingin diketengahkan disini bukanlah jumlah wang yang bakal diperolehi sekiranya perjuangan menuntur royalti berjaya. Isu utama ialah kesedaran terhadap HAK rakyat yang dieksploitasi dan dijadikan gula-gula politik oleh BN.

Sebagai rakyat Perak yang bertanggungjawab, kita perlu sedar mengapa sesuatu tuntutan itu dilakukan secara besar-besaran, progresif dan menjadi isu utama hari ini. Hal ini ialah disebabkan perjuangan menuntut hak. Sebagainya agresifnya Sultan Mahmud Syah menyerang Portugis dari Johor walaupun telah kalah adalah disebabkan kesedaran terhadap HAK kerajaan Melaka.

Agresif dan konsistennya Adun Pakatan Rakyat memperjuangkan pembubaran DUN juga disebabkan kesedaran terhadap hak peruntukan undang-undang yang telah sedia ada. Hal perebutan kerusi Menteri Besar dan Speker negeri telah menimbulkan suatu fenomena pelik di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, terlalu kurang rakyat Perak yang sedar mereka boleh menuntut wang khairat kematian sebanyak RM 1000.

Dewan Pemuda PAS Gopeng juga telah menuntut HAK penduduk Kg Pengkalan Gate daripada KTM melalui aduan kepada KTM agar menguruskan tanah mereka yang berhampiran dengan kawasan kampung. Penduduk mendapat masalah penyakit, pencemaran air dan merosakkan keindahan sekitar apabila tanah KTM berhampiran tidak dijaga oleh KTM. Aduan ini juga merupakan satu cetusan Pemuda PAS betapa perlunya rakyat Malaysia sedar hak dan milik mereka.

Berbalik kepada isu royalti minyak, suatu ketika dahulu royalti minyak Terengganu telah ditukar kepada wang ehsan yang tidak seberapa kepada Kerajaan Terengganu PAS. Kemudiannya Najib kembali menyerahkan royalti atas nama keperihatinan BN terhadap Terengganu. Bukankah ini suatu perbuatan mempermainkan hak rakyat?

Setiap isu rakyat dalam negara ini adalah isu yang bersama. Rakyat perlu merasakan kebersamaan terhadap isu perjuangan HAK.

PAS UNTUK SEMUA

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Tuesday, December 1, 2009

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."
"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.
"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.
Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Saturday, November 28, 2009

Majlis Qurban Pemuda PAS Cawangan Changkat Larang



Dijemput semua pemuda PAS Kawasan Gopeng bersama-sama menjayakan Majlis Qurban Pemuda PAS Cawangan Changkat Larang sperti dibawah :

Tempat : Markas Cawangan Changkat Larang
Tarikh : 29.11.2009
Jam : 09.00 pagi

Marilah hadir beramai-ramai bagi membantu dan memeriahkan majlis.

Friday, November 27, 2009

SALAM EID ADHA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN



Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng ingin mengucapkan Salam Eid Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban.

PERKASA PEMUDA CAWANGAN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GOPENG telah bertekad memperkasakan seluruh pemuda di setiap cawangan dalam Kawasan Parlimen Gopeng. Itulah misi yang perlu dijayakan bagi merealisasikan pemuda sayap parti. Visi kali ini memberikan segala kepakaraan dan tunjuk ajar untuk kemajuan semua pemuda cawangan. Dewan Pemuda juga telah menjalankan projek cawangan angkat bagi setiap AJK Dewan untuk kesemua cawangan yang ada. Kekuatan pemuda cawangan adalah tunjang bagi kekuatan yang perlu digilap. Pelancaran pertama cawangan angkat telah disempurnakan di Cawangan Kampung Pengkalan Gate. Satu majlis simbolik telah diadakan baru-baru ini.

Penyerahan bola sepak sebagai tanda simbolik termeterinya
cawangan angkat Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng. Turut
bersama adalah Ketua Cawangan En Sarip , berbaju biru.


Bergambar kenangan bersama barisan pemuda pelapis
Kekuatan fizikal, mental perlu digarap dengan pengisian
aktiviti yang berfaedah. Mereka perlu dibimbing


Beramah mesra. Saudara Setiausaha...smart mike..


Menguji kebolehan...mantap yop

Tuesday, November 24, 2009

SURAT ADUAN KE ATAS KTMB

Tanggal 23hb Nov 2009, Perihatin kejadian banjir yang kerap berlaku di Kg Pengkalan Gate Tambahan, Lahat menyebabkan Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng terpanggil untuk menghantar surat aduan kepada KTMB Ipoh kerana antara punca yang dikenal pasti berlakunya banjir adalah kerana tanah kepunyaan KTMB tidak diselenggara dengan baik dan mengikut jadual . Akibatnya sistem perparitan tersumbat dan kawasan berkenaan telah ditumbuhi semak samun. Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan kampung berkenaan.

Wakil Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng bersama penduduk kampung
serta pegawai KTMB setelah aduan diterima dan perbincangan dilakukan


Beginilah keadaan tanah KTMB yang tidak diselenggara dengan baik
terletak berhampiran rumah penduduk kampung

Sunday, November 22, 2009

TAMRIN DAN INKUES PILIHANRAYA DPPNPk

Program kini sedang berlangsung di Markas Tarbiyyah Negeri Air Kuning, Taiping. Kehadiran terdiri daripada peserta yang dihantar oleh DPPK. Semua DPPK menghantar wakil dengan kehadiran lebihkurang 100 orang.
DPPK Gopeng diwakili oleh Naib Ketua Pemuda, A.F Ust Azmir Munawar, Setiausaha Y.M Raja, Pengarah Pilihanraya DPPKG dan penulis.
Program yang diadakan amat menarik dan pembentangan yang dibuat oleh panel-panel yang dijemput antaranya EXCO DPPNPk.
Sekarang ini pembentangan kertas kerja oleh EXCO Pilihanraya DPPNPk. Amat menarik dan setiap peserta perlu membawa pulang isu yang diutarakan untuk muhasabah diri.Antaranya :
1. DPP perlu terkehadapan dalam pelbagai isu termasuklah isu tempatan.
2. Menstruktur semula pendekatan dan kaedah bagi memperolehi sokongan terutamanya pengundi muda.
3. Mendekati masyarakat bagi menangani isu-isu tempatan yang boleh ditimbulkan untuk membolehkan DPP menjadi medium perantara yang boleh diharapkan.
Masih menunggu kehadiran tetamu VIP iaitu penganalisis politik dan pemerhati politik.
Dijangkakan program ini akan dihangatkan dengan pelbagai soalan yang akan diutarakan oleh peserta.

Thursday, November 19, 2009

RM1 untuk Tabung Bantuan Pasukan Seladang Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hari ini diberikan peluang berbincang dengan Persatuan Bolasepak Negeri Perak dan Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Perak bukan dengan sebarang sentimen politik tetapi perbincangan atas semangat kesukanan yang tinggi demi pembangunan bolasepak di Perak khasnya.


DPPN Pk sedar bahawa berjuta peminat bolasepak yang berada di luar sana akan merindui sentuhan Pasukan Bolasepak Perak atau Pasukan Seladang ini yang pernah menempah sejarah yang membanggakan apabila dengan beberapa syarat tambahan baru daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana Pasukan Bolasepak Perak mungkin tidak dapat beraksi pada Liga Super musim baru ini.


DPPN Pk jelas dengan kekangan isu pembayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah FAM ketatkan di dalam syaratnya yang perlu dijelaskan menyebabkan Pasukan Bolasepak Perak tidak layak menyertai Liga Super kali ini. DPPN Pk juga yakin Persatuan Bolsepak Perak akan memastikan isu pembayaran ini di selesaikan dengan segera.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pada hari ini berusaha membantu Persatuan Bolsepak Perak dengan melancarkan Kempen Seringgit (RM1) untuk Tabung Bantuan kepada Persatuan Bolsepak Perak. DPPN Pk akan merancang beberapa perlawan an bolasepak amal bagi tujuan tersebut dan akan menggerakkan seluruh peminat, penyokong dan rakyat Negeri Perak yang cintakan sukan bolasepak ini untuk sama-sama membantu.


ZAIRUL AZRUN ZAINAL ABIDIN
Bendahari,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

KEMPEN RM2.00 TOK GURU KE MEKAH

Kepada sesiapa yang berminat sila layari artikel blog dibawah:
http://perakexpress.com/www/2009/11/18/rm200-untuk-tok-guru-ke-mekah/

Wednesday, November 18, 2009

Seludup 10 Juta ke Luar Negara, Penjelasan MB di Tuntut

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan dituntut memberi penjelasan berhubung isu 'Penyeludupan' RM10 juta yang didakwa telah dikirim ke luar negara.

Tuntutan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin melalui satu surat terbuka kepada Mohamad Hassan.

Dalam surat bertarikh hari ini, Badrul yang juga Ketua PKR Rembau membawa maklumat Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat bukti menunjukkan Mohamad Hassan, melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang didakwa dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Menurutnya kegiatan itu juga telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 iaitu Seksyen 30(1)(b), "… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…" dan; Seksyen 35(b), "memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini".

Berikutan maklumat tersebut, beliau juga memohon dua persoalan berikut yang dianggap besar perlu dijawab.

"Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?

"Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?" soalnya.

Beliau turut menyeru kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz agar menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

"Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yang ditujukan," katanya lagi.
Beliau juga memberitahu satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara tersebut.

Turut dimuatkan dalam surat tersebut, kes-kes pengiriman wang secara haram pada tahun 2008 dan 2009 dan tindakan yang pernah dikenakan terhadap sebuah syarikat pengurup wang pada tahun 2006..

"Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan.

"Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

"Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998.

"Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006, " katanya. Siasah

Kerusi DUN Kota Siputeh Diisytihar Kosong, Mahkamah Perintah Pilihan Raya Baru

Datuk Abu Hassan Sarif
kini bukan lagi ADUN Kota Siputeh


KUALA LUMPUR: Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Okt, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturutturut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika manamana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker
selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," kata beliau.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. BERNAMA

Saturday, November 14, 2009

Bai'ah tidak bercanggah ajaran Islam - Hj Hadi

MARANG 13 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan sumpah taat setia atau bai'ah sebagaimana diamalkan oleh ahli dan pemimpin parti itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, bai'ah talak tiga tidak pernah menjadi dasar atau konsep Pas sebaliknya parti itu mengamalkan bai'ah sumpah laknat.

''Dalam sumpah laknat ini, ia macam akad jual beli. Mereka yang menjadi calon atau pemimpin Pas perlu melakukan bai'ah untuk tidak mengkhianati perjuangan Islam selagi Pas tidak terpesong daripada ajaran Islam.

''Jika tidak, kita sendiri akan tolak Pas," jelasnya kepada pemberita pada majlis Dialog Bersama Presiden Pas di sini hari ini.

Bai'ah Sebenar Yang Di Amalkan Dalam PAS


Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.

Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata:

"Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Beliau juga berkata, bai'ah yang melibatkan lafaz cerai taklik "tidak betul dan salah daripada sudut agama" kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku tanpa pengetahuan isteri.

"Isteri tidak tahu pun (bai'ah cerai). Jadi bagaimana hendak menghukum isteri pada sesuatu yang dia tidak buat dan dia tak tahu?" katanya.

Menjelaskan prosedur bai'ah yang digunakan PAS, Mustafa berkata, setelah mendapat watikah daripada parti untuk bertanding, kesemua calon berkumpul di satu tempat untuk berbai'ah di hadapan seorang saksi.

Prosedur ini pada kebiasannya dipantau oleh pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing, tambahnya.

Bai'ah diamalkan oleh pelbagai kumpulan Islam di serata dunia, seperti tarikat sufi dan pergerakan dakwah, tidak tertakluk dalam parti politik semata-mata.

Sumpah setia tersebut terbahagi kepada dua: bai'ah kubra (besar), aku janji kepada khalifah dalam empayar Islam dan bai'ah sughra (kecil) untuk menguatkan kesepakatan dalam melakukan sesuatu.

Menurut ulama, bai'ah diharuskan dalam Islam selagi tidak melibatkan perkara-perkara mungkar dan haram di sisi agama.

Thursday, November 12, 2009

Selangor dedah info rahsia pertama

Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.

Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat.

"Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.

Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.

Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.

Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan

"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya.

"Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang."

Ketika ditanya, Abdul Khalid bagaimanapun gagal mengesahkan sama ada berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam projek tersebut.

"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.

Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.

Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.

Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini.
Malaysiakini

Monday, October 26, 2009

EGM PAS : Hj Hadi Panggil Mesyuarat Tergempar Rabu

Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pesuruhjaya PAS Negeri akan bertemu Rabu ini untuk membincangkan isu Muktamar Agung Luar Biasa (EGM)yang disarankan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar pagi ini berkata, mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pesuruhjaya PAS Negeri itu diadakan atas arahan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi mengambil masa dua hari untuk memecahkan suaranya berhubung isu kontroversi ini.
Nik Aziz pada Jumaat lalu telah mengeluarkan satu kenyataan dalam laman blognya mendesak supaya satu EGM diadakan segera untuk membuat keputusan sama ada parti itu perlu menyingkirkan dua tiga orang pemimpin utama itu yang beliau sifatkan sebagai bermasalah kerana masih terus menerus bercakap mengenai isu mengadakan pertemuan dengan Umno atau seringkali mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR)
Di antara mereka yang beliau kenalpasti sebagai pemimpin bermasalah itu ialah Mustafa sendiri dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa serta Datuk Dr Hasan Ali iaitu pesuruhjaya PAS Selangor.
Mereka ini disifatkannya sebagai pro-Umno oleh Nik Aziz.
Sementara itu, Mustafa juga menjelaskan sekiranya pertemuan Rabu ini memutuskan EGM tersebut tidak perlu diadakan maka ianya tidak perlu diadakan.
Ini kerana menurut Perlembagaan PAS, EGM hanya boleh dipanggil atas arahan presiden atau disokong oleh satu pertiga daripada Jawatankuasa PAS Pusat.
Ia juga boleh diadakan sekiranya satu pertiga daripada 176 PAS Kawasan mengemukakan notis bertulis memohon supaya satu EGM diadakan.

TG Hj Hadi di Parlimen

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diserbu wartawan semasa menghadiri Mesyuarat ketiga Penggal ke-2 Parlimen ke 12 Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Mustafa Ali Tak Kecil Hati

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak berasa kecil hati atau terluka dengan kata-kata Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang melabelkannya sebagai “dua tiga kerat pemimpin dalam parti itu yang bermasalah.”
“Jika ditanya apa perasaan saya (tentang komen Nik Aziz itu), saya nak kata, saya orang yang paling tenang hari ini. (Walaupun) Tok Guru menyebut nama saya tapi saya tak rasa terluka (dengan komentarnya itu),” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pagi Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada artikel di blog TG Nik Aziz itu yang mengaitkan namanya secara langsung sebagai salah seorang yang masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan yang melibatkan Umno.
Mustafa memanggil sidang akhbar itu untuk memaklumkan bahawa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan supaya satu pertemuan di antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan semua Pesuruhjaya PAS Negeri diadakan pada Rabu ini jam 8.30 malam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut untuk menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit mengenai cadangan TG Nik Aziz khususnya berhubung desakan supaya diadakan Muktamar Agung Luar Biasa (EGM).

Friday, October 23, 2009

Solat Hajat 'Selamatkan Negeri Perak'

SOLAT HAJAT
SELAMATKAN NEGERI PERAK
Bersama
YB Haji Zainuddin Yusoff
ADUN Lubok Merbau
Serta
ADUN Pakatan Rakyat Perak
Tarikh
23 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa
Jam 9 malam
Tempat
Surau Al-Falah
Taman Song Choon
Ipoh
minta disebarkan, dan hadir beramai-ramai,..

Mahkamah Tinggi Benar Cabar Keputusan SPR

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas) di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar dan enam lagi untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk tidak adakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Tian Chua Kena 6 Bulan

AHLI Parlimen Batu, Tian Chua dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap konstabel polis dalam perhimpunan haram di pekarangan Parlimen, dua tahun lalu. - Foto AP

KEMPEN RM2.00 TOK GURU KE MEKAH

KEMPEN RM2.00 TOK GURU KE MEKAH