Monday, January 12, 2009

Jangan Kita Futur Dalam Perjuangan

Kiriman: HambaAllah -prefer not to reveal id-
Al Futur bermaksud terputus atau terhenti stelah berjalan atau diam sesudah bergerak . Ia juga bermaksud malas , melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh .

Al Futur merupakan penyakit yg menimpa para petugas gerakan Islam. Tahap yang paling rendah ialah malas , menanggug-nangguh dan melengah- lengah dan tahap paling tinggi ilaah berhenti terus atau diam sesudah aktif .

Sebab-sebab berlaku Al Futur :
i Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan di dlm agama

ii Membazir dan melampaui batas dlm menggunakan sesuatu yg di haruskan

iii Mengasingkan diri dari jamaah dan memilih hidup berseorangan iv Kurang mengingati mati dan hari akhirat

v Mencuaikan ibadat harian

vi Mengambil makanan yg haram atau syubahat

vii Penumpuan ke atas sudut-sudut tertentu daipada ajaran Islam

viii Gagal memahami sunnah Allah tentang alam dan kehidupan

ix Mengabaikan hak tubuh badan untuk berehat

x Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran

xi Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar

xii Menjalankan tugas sambil lewa

xiii Terlibat dengan perbuatan maksiat dan memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil

Mengubati Al Futur :
i Berterusan melakukan ibadat harian dan mengingati waktu-waktu yg afdhal utk beramal serta menjauhkan diri dari pada maksiat samada yg besar atau kecil
ii Membebaskan diri daripada bersikap keterlaluan di dlm agama, memberi hak kpd badan utk berehat dan menghiburkan diri dgn perkara yg harus

iii Meletakkan diri dlm dakapan jamaah dan sentiasa mendampingi org-org Soleh yg berjihad

iv Memberi perhatian kpd sunnatullah yg ujud pada manusia dan alam dan bertindak secara sistematik dlm pekerjaan

v Bersedia utk berhadapan dgn halangan dan sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah dan sejarah para pejuang

vi Sentiasa mengingati mati ,alam kubur, syurga , dan neraka

vii Sentiasa menghadiri majlis ilmu dan melakukan muhasabah ke atas diri sepanjang masa ...

Petikan dari Kertas kerja Al Futur
Di terbitkan sempena Sambutan Sedekad PAS kawasan Pdg Besar


Oleh
Zolkharnain Abidin
Pengerusi J/Kuasa Sambutan Sedekad Pas Kaw Pdg Besar
20 Julai 2004


Komen DPPGopeng- artikel ini mengikut tarikh telah lama tapi masih reliable dan sesuai untuk teks usrah.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7