Wednesday, January 7, 2009

Besarnya Perjuagan Sahabat Kita Ini

Ahad 4hb Jan baru ni lepas isyak saya pergi mencari bahan dapur kat pasar malam Medan Gopeng. Berjumpa pula dengan sahabat kita ni saudara Abu Bakar atau nama mesranya Bob. Beliau mulanya nampak saya parking dan kemudian menunggu untuk menyapa saya.
Bob memberitahu yang beliau akan pergi ke penamaan calon di Terengganu bermotosikal bersama seorang lagi sahabat beliau.
Terkejut juga dengan semangat Bob kita ni yang hendak bermotosikal ke Terengganu bagi menyertai penamaan calon dan membantu gerakerja di sana. Tetapi Bob yang kita kenali memang begitu sifatnya. Semangat nya kental dan penuh istiqamah.
Saya lantas memberitahu beliau supaya menghubungi Cikgu Badrin terlebih dahulu bagi memaklumkan hasrat beliau dan mendapat surat perakuan PAS Kawasan. Pengangkutan kebiasaannya disediakan dan lokaliti tempat berkampung disana perlu di kenalpasti. PAS Gopeng di letakkan di satu kawasan DUN (yang tidak dapat dinyatakan disini).
Malam kemarin saya hantar sms kat Bob bertanyakan dah sampai kat Terengganu ke belum. Bob jawab ringkas sahaja 'dah' dan saya tidak memanjangkan sms samada beliau ke sana bermotor atau bersama kenderaan dari PAS Kawasan yang diaturkan.
Malam tadi dalam jam 11mlm saya teringat lagi kat Bob lantas terus menelefon beliau dengan hajat mahu bertanyakan perkembangan dan suasana hari penamaan calon di sana.Pada masa itulah saya terkejut mendapat berita dari Bob bahawa beliau sebenarnya kemalangan semasa dalam perjalanan ke Terengganu melalui jalan Simpang Pulai - Gua Musang dan beliau kemarin berada di Hospital Gua Musang. Bahu belah kiri Bob mengalami patah tulang.
Dan semasa saya menelefon beliau tadi, rupanya Bob berada di Jeli dalam perjalanan pulang ke Ipoh dengan kereta bersama sahabat lain dari Kawasan Gopeng yang saya tak berapa dengar kerana gangguan signal telefon bimbit.
Mereka pulang ke sini melalui Jalan Timur Barat Jeli - Grik. Besarnya perjuangan sahabat kita si Bob ini.
Di sini saya menyeru pada semua rakan-rakan seperjuangan lain agar menelefon Bob dan bertanyakan khabar beliau. Dan molek juga menghulurkan sedikit infak buat Bob untuk membantu meringankan beban beliau. Saya tak pasti kerosakan motosikal Bob.
Apapun hubungi lah beliau. Tel Bob 017 5677205.
Sekian, Zul bagi DPP Gopeng melaporkan.
Jzk dan Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7