Tuesday, January 6, 2009

Pembohongan Isu Rampas Tadika Perak: K'jaan Perak Di Gesa Saman Pemimpin BN

IPOH, 5 Jan: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menggesa pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa orang pemimpin UMNO yang melemparkan fitnah dan tuduhan liar terhadap kerajaan negeri berhubung isu penutupan tadika kemas di Perak baru-baru ini.
Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan isu ini sebenarnya tidak berlaku sebaliknya sengaja dicipta dan direka oleh pihak yang terdesak semata-mata mahu meraih undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan menjelang.
"Saya sendiri telah bertanya kepada YAB Menteri Besar dan beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah pun menutup atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menutup mana-mana premis tadika kemas di negeri ini, sebaliknya mengalu-alukan kewujudan sekolah tersebut sebagai salah satu medium terpenting dalam usaha mendidik anak bangsa kita," katanya.
"Ini merupakan salah satu bukti lagi yang menunjukkan pemimpin BN negeri gemar melakukan fitnah dan tuduhan tidak berasas," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kononnya kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.
Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan pertubuhan tersebut, Ahmad Shahir Abdul Aziz ketika menjelaskan isu ini berkata pihak media khususnya media arus perdana sepatutnya meneliti dan menyiasat isu ini terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada umum.
Ini kerana lantaran daripada fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang."Kita berasa cukup terkilan dengan tuduhan berkenaan dan kita minta pihak media khusunya media arus perdana untuk berjumpa sendiri dengan pemimpin kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan sebenar," jelas beliau. Ref SiasahDaily

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7