Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong supaya membuat pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan datang."Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah.
"Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Berucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini, bekas ketua bahagian Umno itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri. malaysiakini
No comments:
Post a Comment