Siasatan awam tersebut diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dijadualkan tahun depan.
Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha bagaimanapun tidak menyebut bilangan AJK Balkis yang menyatakan kesediaan memberi kerjasama selepas dihubungi jawatankuasa khasnya baru-baru ini.
Di samping itu, katanya kepada Malaysiakini, pihaknya juga akan memanggil bekas setiausaha Balkis, Datin Pon Ishak untuk memberikan keterangan.
Menurutnya lagi, sebagai bekas setiausaha badan itu, Pon mempunyai akses terhadap semua dokumen pertubuhan itu. Oleh itu, tambah Haniza, penjelasan Pon diperlukan.
Surat rasmi kepada Pon akan dikeluarkan, kata Haniza.
Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil jika Pon enggan hadir di depan siasatan awam itu, Haniza berkata:
"Kalau (beliau) di pihak yang benar, kenapa tidak mahu (tampil)?"Dihubungi hari ini, seorang lagi anggota Selcat, Ismail Sani mengakui cadangan memanggil Pon dibuat dalam satu mesyuarat Selcat.
Bagaimanapun beliau tidak mengetahui beberapa AJK lain yang bersedia memberikan keterangan secara sukarela dalam siasatan awam tersebut.
Ismail, yang juga wakil rakyat BN bagi Dusun Tua, tidak jelas sama ada Pon boleh diwajibkan hadir di depan Selcat untuk siasatan tersebut.
Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu sejumlah RM9.9 juta, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Wang itu kemudiannya disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.
Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.
Berhubung keperluan memanggil bekas yang dipertua Balkis, Haniza berkata, perkara itu belum diputuskan dalam mesyuarat Selcat.
"Tetapi ada niat, ada cadangan (memanggil Zaharah)," kata Haniza yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan.
Haniza berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Selcat yang dijadual bulan depan. Selcat kali terakhir bermesyuarat awal bulan ini.
Usaha mendapatkan reaksi Zaharah dan Pon setakat ini belum berjaya.
Selain mereka berdua, pemimpin-pemimpin utama badan itu termasuklah Rahimah Naim sebagai naib yang dipertua dan Surami Sapuan (bendahari) bersama enam AJK.
Malaysiakini kelmarin melaporkan, siasatan awal Selcat terhadap enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sewaktu pemerintahan Barisan Nasional menunjukkan ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".
Siasatan jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan - nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.
Ditanya sekali lagi syarikat terbabit, beliau tetap enggan mendedahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan besar tersebut.
Enam GLC yang menyumbangkan wang kepada Balkis ialah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC).
Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran Selangor.
Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.
Selain Haniza dan Ismail, jawatankuasa itu dianggotai empat lagi anggota DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).
Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.

No comments:
Post a Comment