Saturday, December 27, 2008

Presiden PAS lancar kempen 'JOM SERTAI PAS', Sabtu ini

SHAH ALAM, 26 Dis (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan kempen 'JOM SERTAI PAS' pada 27 Disember 2008 (Sabtu), jam 3 petang bertempat di Dataran Shah Alam, dekat sini.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof memberitahu, majlis tersebut sebagai langkah pro aktif PAS untuk mengajak masyarakat mendekati dan menyertai PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat dengan adil dan saksama.
Menurut beliau, antara yang akan hadir ialah bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim, yang baru-baru ini mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Umno cawangan dalam bahagian tersebut.
Orang ramai dijemput hadir ke majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat tersebut. - mr/mks. _

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7