Sunday, January 11, 2009

21 ditahan perhimpunan haram di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 lelaki termasuk seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dan lapan wanita dalam satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohammad Sabtu Osman ketika dihubungi berkata, antara yang ditahan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara yang juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago serta Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit,) Arutchelvan Subramaniam.

"Kesemua mereka yang ditahan ketika berkumpul di dataran dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat dan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Bagaimanapun kanak-kanak itu telah dibebaskan.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram selepas beberapa amaran supaya bersurai tidak dihiraukan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu berhimpun menyalahi undang-undang," katanya.

Mereka yang dikenali sebagai Gabungan Anti Perang (GAP) anjuran PSM mengadakan perhimpunan nyalaan lilin bagi membantah peperangan yang berlaku di Gaza dan Sri Lanka.

Kumpulan itu dilihat berarak dari perkarangan bangunan Majlis Peguam ke Dataran Merdeka kira-kira pukul 8 malam.

AHLI Parlimen Klang, Charles Santiago menerangkan kepada pihak polis tujuan perhimpunan mereka yang dinamakan Gabungan Anti Perang (GAP) selepas kumpulan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.
[Ref Mstar]

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7