Thursday, January 15, 2009

Another 2 More Days To Go


Di segi penampilan, calon di kemukakan PAS nyata lebih berperawatakan dan berkarismatik berbanding calon di ketengahkan Barisan Nasional.
Kita memandang, bila jentera pilihanraya Barisan Nasional terpaksa memainkan isu meminta pengundi mengenang jasa bekas MP K.Terengganu Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Genting Highland pada 28 November yang lalu, Barisan Nasional sudah terdesak kerana calon mereka Wan Farid Wan Salleh tidak di sukai pengundi.
Kerana itulah isu legacy bekas MP Kuala Terengganu di mainkan. Barisan Nasional meminta supaya pengundi mengekalkan legacy Ahmad Razali, mengenang jasa Ahmad Razali,.. ini tak lain tak bukan kerana calon di ketengahkan mereka, Wan Farid Wan Ismail di lihat tidak dapat menyaingi penampilan dan penerimaan masyarakat terhadap calon yang di kemukakan PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.
Lagi 2 hari menjelang hari pengundian.
Semoga kemenangan memihak kepada kita. InsyaAllah dan bersama kita doakan.
Semoga calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut berterusan menjadi pilihan dari hari-hari kempen ke peti undi yang memberi kemenangan pada beliau dan menambah wakil PAS dalam kerusi Parlimen.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7