Thursday, January 22, 2009

FIkir Sejenak: RM10 Derma Untuk Palestin, RM100 Derma Untuk Yahudi

Terpanggil untuk mencuit sanubari rakan-rakan seperjuangan semua.

Dalam kehangatan yang membelenggu umat Islam terhadap pembantaian umat Islam Palestine dan Gaza sekarang, rata-rata marahkan Israel dan Yahudi.

Kita di anjur untuk boikot barangan Israel dan yang bersangkutan dengannya seperti US.

Dan kempen mengulur bantuan untuk mangsa Palestine dan Gaza diadakan merata dengan banyak badan yang menganjurkannya. Maka berbondong lah kita bersama-sama menghulur bantuan wang derma dengan harapan akan sampai ke tangan mangsa Palestine dan Gaza itu nanti.

Tetapi tanpa kita sedari ada yang menghulur bantuan pada Palestine dan Gaza tetapi pada masa sama kitalah juga yang sebenarnya menyediakan 'peluru' buat membunuh saudara kita di bumi Palestine sana.

Ada 2 isu utama yang perlu kita titik beratkan. Yaitu hulur bantuan dan boikot.

Kita sedia maklum yang rakyat Malaysia amat pemurah dalam bab menghulur bantuan berupa wang ringgit. RM2, Rm5, RM10, RM50 bisa sahaja di curah masuk kedalam tabung untuk Palestine dan Gaza.

Malangnya ramai yang tidak berapa istiqamah atau mempunyai kekuatan dalam memboikot barangan atau produk keluaran Israel atau sekutu yg bersekongkol dengannya. Malah ramai pula yang memandang remeh isu boikot.

Jika di pandang kepada keperluan dan benak sendiri maka seolah kita tak dapat hidup tanpa barangan atau produk Israel itu.

Berapa keratkah dari kita yang mampu menahan diri dari godaan ayam goreng kentucky, McDonald, Starbuck,. berapa keratkah pula dari kita yang tekad menolak Boss, Hugo, Tesco, Carrefour, L'oreal, Coca-Cola, Sprite, Kit-Kat, Ralph Lauren, Girgio Armani, Marks & Spencer, Huggies, Intel, Nokia..

Pendek kata semua itu kini membelenggu hidup kita. Dan tanpa kita sedari, RM10 yang kita hulur sekali setiap kali Palestine di serang, atau RM50 yang pada kita mungkin satu nilai yang besar yang kita hulur untuk bantu Palestine dan Gaza tetapi pada masa yang sama saban hari juga kita menyumbang dengan nilai yang lebih lagi terhadap Yahudi, Israel dan kuncu-kuncunya. Dan mungkin sebulan lebih dari RM100 sebenarnya kita menyumbang kepada Israel dan Yahudi lebih banyak dari derma yang kita hulur untuk Palestine dan Gaza.

Mungkin bagi setengah kita amat susah untuk memboikot barangan yang sudah sebati dalam hidup kita. Tetapi kita perlu sedar, sebaiknya jika tak mampu buat semua, jangan tak buat langsung -boikot-.

Dan kita juga perlu sedar, hasrat dan nilai murni kita yang menyumbangkan derma untuk tabung bantuan kemanusiaan Palestine dan Gaza tidak akan membawa makna jika pada masa yang sama kita berterusan menggunakan produk dan barangan Israel dan Yahudi yang secara tak langsung menyumbang untuk kekuatan ekonomi bangsa penjenayah perang itu.

Renungkan sejenak. Palestine dan Gaza sedang di jajah Israel dan Yahudi dan kita disini di jajah minda oleh mereka. Hingga kebergantungan kita pada mereka, Israel dan yahudi tidak mudah kita lepaskan walaupun kita sedar.

Walaupun banyak pilihan, alternatif lain tapi kita seolah rasa susah untuk memboikot barangan dan produk keluaran dan tajaan Israel dan Yahudi.

Sebenarnya bukan Yahudi yang mentakdirkan ia jadi demikian tetapi diri kitalah yang terperangkap dengan percaturan Yahudi.

Kita seolah baca tapi buat-buat tidak faham dan jika faham pun tidak mampu melakukannya.

Sedarlah, derma kita tiada nilainya jika pada masa yang sama kita berterusan menggunakan barangan dan produk keluaran Yahudi.

Menderma untuk Palestine dan Gaza tanpa memboikot Israel dan Yahudi tidak membawa makna!

Renungkan,..

Wassalam.
Di sediakan oleh,
Zulkifli bin Daud
Jawatankuasa Pemuda Pas Gopeng

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7