IPOH 11 Jan. – Dua pengunjung cedera parah manakala seorang lagi dikhuatiri tertimbus apabila gua batu kapur yang menempatkan Tokong Gua Perak di Jalan Kuala Kangsar di sini runtuh secara tiba-tiba hari ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, seramai 16 orang terselamat dan berjaya dikeluarkan daripada gua terbabit tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Kedua-dua mangsa yang parah ialah seorang lelaki dan perempuan berusia lingkungan 20-an manakala yang masih hilang dipercayai penjaga tokong tersebut.
Tokong Gua Perak yang lebih dikenali sebagai Perak Tong sudah berusia 40 tahun dan menjadi salah satu tarikan pelancongan popular di negeri ini.
Berikutan runtuhan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan laluan alternatif melalui bahagian belakang gua untuk masuk ke dalam tokong dan membawa keluar 17 mangsa yang terperangkap. [Ref UtusanOnline]
No comments:
Post a Comment