Tuesday, January 6, 2009

Jangan Kita Jadi Pohon Gharqad Yang Membantu Yahudi Itu

Pada Jumaat, 2 Jan 2009 lalu bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II telah di adakan Demonstrasi Membantah Keganasan Yahudi di Bumi Palestin.
Bersesuaian pula dengan khutbah pada hari itu yang disampaikan oleh khatib mengenai isu besar umat Islam akan bumi Gaza yang di zalimi Yahudi. Solat hajat pula diadakan selepas solat Jumaat.
Banyak yang telah di ulas merata laman web, blog tentang kezaliman yahudi dan zionis yang tak berkesudahan.

Demo bantahan di adakan merata tempat, merata dunia malangnya ia tidak sedikitpun melengahkan yahudi dari berterusan membantai saudara kita di bumi Gaza. Pada masa berita ini di tulis deretan kereta kebal yahudi telah pun jauh memasuki bumi Gaza.
Jadi apakah tindakan kita selepas berdemo menyatakan kemarahan kita terhadap Yahudi dan Zionis ?
Saya teringat akan kata-kata Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa yang menyentuh akan pohon Gharqad seperti yang di sebut dalam ayat dibawah.

"Kalian akan berperang melawan Yahudi. Kalian akan membunuhi mereka hingga pohon-pohon dan batu-batupun berkata, "Wahai kaum Muslim, wahai hamba Allah, inilah orang Yahudi dibelakangku. Mari ke sini, bunuhlah dia." Kecuali pohon Gharqad, kerana pohon tersebut merupakan pohon Yahudi."
Mengikut Ustaz Norazli Musa, pohon Gharqad hanyalah simbolik kepada petualang, konc0-konco, mereka dan negara yang membantu yahudi dalam membantai umat Islam Palestin.

Negara-negara seperti Mesir, Jordan, Kuwait dan negara-negara arab sekitar Palestin adalah talibarut kepada yahudi. Mereka inilah petualang sebenar dan mereka inilah antara pohon Gharqad.

Mesir umpamanya telah menutup pintu sempadan negara mereka dan menyebabkan penduduk Gaza tidak dapat menyelamatkan diri dengan menyeberang ke bumi Mesir manakala pelarian Gaza yang sebelum ini sedang berada di Mesir pula tidak dibenar pulang memasuki semula Gaza. Ini menjadikan penduduk Gaza dan Palestin sebagai penjara.
Tindakan demikian seolah mahu membiarkan mereka terpenjara dan mati secara perlahan-lahan. Bukankah sebelum ini kita telah membaca sehingga penduduk Gaza terpaksa memakan rumput untuk menggalas perut keluarga mereka.
Kita di sini hanya mampu meluahkan kemarahan tetapi adakah cukup dengan berdemo?

Sebagai seorang Islam yang saudara kita sedang di ancam nyawanya di Asia Barat sana. Kita di sini tidak sepatutnya menjadi pohon Gharqad.

Segala produk dan barangan, francis Yahudi harus di boikot secara berterusan. Amat sedih melihat saudara kita di Palestin sana di bom yang membunuh anak-anak kecil, wanita, orang tua dan masih ramai dari kita yang masih gah mengunjungi misalnya McDo**ld.

Sedangkan kita tahu, mereka inilah antara penyumbang kepada Yahudi. Mereka ini jika di tanya apakah perasaan mereka terhadap serangan Yahudi ke atas bumi Palestin, tentunya mereka akan menjawab penentangan dan kutukan terhadap Yahudi dan Zionis dan simpati terhadap rakyat Palestin.

Malangnya mereka yang seperti ini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hipokrit.

They actually hate Jews but swallow Jews and shit bullet to Palestinian Kids. (Mereka sebenarnya hipokrit bencikan Yahudi tapi membesarkan Yahudi dan menyumbangkan peluru untuk anak-anak Palestin)

Jangan kita jadi antara pohon Gharqad itu !

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7