An Excerpt [Harakahdaily] "Jumaat lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis sebagai kes bunuh.
Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.
Keluarganya tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.
"Walaupun beliau ditahan berhubung kes kecurian kereta, tetapi apabila Peguam Negara mengklasifikasikan kematian beliau sebagai kes bunuh dan beliau pula berada di dalam lokap polis, Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab mengarahkan penyiasatan dipercepatkan dan beliau tidak boleh membiarkan masyarakat terus melaungkan kata-kata pembunuh bergaji, pembunuh beruniform, samseng beruniform dan sebagainya," kata Mahfuz. Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh
An Excerpt [Malaysiakini] "Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapat Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.
PAS mengutuk kekejaman terhadap Kugan oleh Pihak Polis yang membawa kematiannya. Satu suruhanjaya sepatutnya di tubuhkan bagi siasatan menyeluruh. Pihak bertanggungjawab perlu di hukum sewajarnya. ~ Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar
DPP Gopeng : Seandainya hukum Hudud di laksanakan di Malaysia, nescaya bukan Islam juga akan memilih hudud bagi membela kebenaran. Kerana hukum Hudud memberi jaminan dan membela bagi yang hidup dan mati. Malangnya Hudud di beri persepsi salah oleh media dan ulasan pembesar kerajaan terutama Umno.
No comments:
Post a Comment