Saturday, January 31, 2009

Najib ketuai Perak ganti Tajol

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi menerima peletakan jawatan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempat Tajol Rosli digantikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau bagaimanapun memberitahu bahawa Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO Mac ini.

Menurut Perdana Menteri, langkah ini diputuskan berdasarkan kehendak Tajol Rosli sendiri yang merasakan perlu ada pemimpin lain yang mengetuai UMNO Perak.

''Hanya setakat sampai Mac iaitu sampai selesainya Perhimpunan Agung UMNO. Selepas itu akan dilantik ketua baru bagi UMNO Perak.

''Sementara yang akan jadi Timbalan Pengerusi ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Zahid pun begitu juga sampai selepas perhimpunan agung. Selepas itu keputusan baru akan dibuat," katanya. [artikel penuh di UtusanOnline]

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7