Thursday, February 19, 2009

Elizabeth tidak salah, penceroboh yang salah, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 18 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebarang asas untuk Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan.
"Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu.
"Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10.
Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Elizabeth untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak sebagai Adun. [Siasahdaily]

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7