DUN PERAK BELUM DI BUBARKAN OLEH SULTAN (oleh itu Kerajaan yg ada masih Sah)
TIADA USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MB (pihak yg mengaku mempunyai majoriti ahli DUN takut untuk melakukannya)
MB TIDAK MENARIK DIRI ATAU HILANG KEUPAYAAN SBG MB (oleh itu MB yg ada sekarang masih Sah)
Rakyat Perak tidak menentang Sultan Azlan Shah, tetapi Rakyat menuntut agar Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi keadilan seluruh rakyat Perak membuat pilihan siapa yang mereka mahu pilih, BN atau PR. Rakyat mahu diberi peluang untuk memilih sendiri Kerajaan Negeri.
Himpunan rakyat Perak di Kuala Kangsar juga bukanlah bertujuan mengadakan rusuhan, tetapi bagi menunjukkan hasrat sebenar rakyat Perak yang mahukan pilihanraya DUN di adakan semula bagi memberi keadilan kepada semua memilih Kerajaan Negeri. Jika kita perhatikan, pada malam sebelumnya himpunan rakyat Perak di Kediaman Rasmi Menteri Besar di hadiri hampir 10,000 rakyat dari kalangan semua kaum. Pihak Berkuasa Keselamatan ada di sana dan tiada apa-apa rusuhan yang berlaku kerana rakyat di benar berhimpun dengan aman dan tanpa gangguan dan halangan pihak Berkuasa Keselamatan.
Kita yakin, jika Pihak Berkuasa Keselamatan bertindak memberi laluan kepada rakyat yang berhimpun di Kuala Kangsar dengan membenarkan semua yang hadir berdiri di kiri dan kanan jalan menghala ke Istana Iskandariah, apa yang berlaku hanyalah rakyat mengangkat sepanduk di kiri dan kanan jalan bagi menyampaikan mesej terhadap Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Tetapi apa yang berlaku seperti di tunjukkan di Media TV dan Cetak kenderaan rasmi di halang adalah kerana peserta himpunan terperangkap di tengah-tengah halangan pihak Berkuasa Keselamatan FRU, Polis dan Trafik yang membuat halangan, sekatan di Bulatan Jam Kuala Kangsar dan Istanan Iskandariah. Bila terjadinya demikian, maka kenderaan Rasmi Istana yang memasuki dari jalan utama dari bulatan Jam Kuala Kangsar akan menempuh himpunan rakyat yang tersekat di tengah-tengah.
Majoriti rakyat Perak melihat tindakan 3 orang yang melompat keluar dari PR tidak boleh di anggap mewakili suara rakyat Perak inginkan perubahan kerajaan negeri. Kehilangan mereka dari menjalankan tugas-tugas Exco Negeri, penipuan mereka (kononnya cuti sakit), Hanya muncul bersama DS Najib semasa di Putrajaya. Sebelum itu juga DS Najib dan pemimpin Umno menafikan kedua ADUN PKR yg hilang ada bersama mereka, dan ironiknya setelah lebih seminggu 'hilang' kedua mereka akhirnya muncul di kaca tv dibelakang DS Najib. Rakyat tidak dapat di perbodohkan lagi.
Perubahan majoriti wakil Kerajaan Negeri boleh diselidiki oleh siapapun baik Bar Council, Perdana Menteri, Sultan, sepertimana Sultan Azlan Shah bertindak memanggil kesemua ADUN BN dan 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP yang meloncat keluar dari PR. Ia boleh di selidiki bagi kepastian pihak yang mendakwa memiliki majoriti sokongan ahli DUN bagi pembentukan sebuah Kerajaan Negeri yang baru dibentuk. Ia boleh di istiharkan tetapi ia perlulah di ikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Sultan bagi sebuah pilihanraya Dewan Undangan Negeri di adakan semula atau jika Sultan memikirkan tidak perlu di adakan sebuah pilihanraya baru, maka pihak yang memiliki majoriti perlulah bertindak membuat usul dalam persidangan Dewan Undangan Negeri dan setelah itu barulah sebuah kerajaan negeri baru dapat di bentuk dengan perkenan Sultan.
Kerajaan Negeri PR yang ada sekarang di tubuh melalui Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan sebarang pembatalan, perubahan dalam Kerajaan Negeri perlulah di buat mengikut 3 perkara utama yang di nyatakan di atas.
Mengapakah 1) BN terlalu takut untuk berhadapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Ir Nizar, jika benar mereka mempunyai majoriti. Dan 2) Majoriti rakyat Perak, baik Melayu,Cina dan India percaya, BN takut berhadapan dengan kuasa rakyat Perak melalui pillihanraya semula Dewan Undangan Negeri. Anwar Ibrahim sendiri berjanji akan mengadakan piliharaya Umum secepat mungkin sebaik peralihan kuasa berlaku -seandainya plan 16 Sept terjadi- bagi memberi peluang bagi rakyat Malaysia membuat pilihan. Tentang kebenaran plan berkenaan siapa pun berhak mempertikaikan nya, tapi suatu yg tak dapat disangkal adalah apa yg terjadi DS Najib membawa lari 31 Ahli Parlimen ke Taiwan secara tergesa-gesa merupakan persoalan yg bias kepada plan 16 Sept.
Berbalik kepada krisis Perak skrg, Ia sepatutnya mudah, tetapi BN terlalu gopoh untuk merampas kuasa di Perak. UMNO dan BN bertindak mempergunakan Istana bagi kepentingan mereka. Sedangkan sejarah menunjukkan UMNO lah semasa era pemerintahan Tun Mahathir Muhammad, Kekebalan dan Kuasa Raja-Raja Melayu di hapuskan. Dan banyak yang telah kita saksikan, seandainya ia berkait dengan UMNO, apa sahajapun akan menimbulkan masalah dan sekarang Istana yang di lihat lebih berpihak pada BN dan UMNO sendiri sedangkan BN dan UMNO tidak mewakili suara keseluruhan rakyat Perak. Hasilnya rakyat bangkit bagi menyatakan hasrat sebenar mereka yang mahukan pembentukan Kerajaan Negeri baru di tentukan oleh rakyat sendiri.
Kerajaan Pakatan Rakyat tidak takut berhadapan Pilihanraya Semula dan kita yakin rakyat dan keadaan akan lebih aman dan lancar seandainya BN dan UMNO memperoleh majoriti melalui pilihanraya semula Dewan Undangan Negeri. Pakatan Rakyat tidak takut menerima kekalahan, malangnya BN dan UMNO pula yang kelihatannya mengelak dari terjadinya pembubaran DUN dan piliharaya semula berlaku.
Bahasa Undang-Undang perlucutan kuasa Menteri Besar Perak, Ir Nizar yang di lantik melalui Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, mengikut ulasan-ulasan pembesar UMNO dan Media yang di kuasai mereka amat di sangsikan rakyat. Kerana mereka terbukti dalam banyak hal terdahulu segala klausa dan penaksiran Undang-Undang hanya mengikut kepentingan dan keuntungan yang memihak mereka.
Contohnya, pada tahun 1999 bilamana PAS berjaya menguasai Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke-10 (yg diadakan pada Nov'99) UMNO dan BN keseluruhannya dengan bantuan Media di kuasai mereka bertindak memanipulasi penjanjian pembayaran Royalti Pertonas v Kerajaan Terengganu dengan cuba menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu yang di kuasai PAS menerima pembayaran Royalti bagi membangunkan Terengganu. Dan UMNO dan BN melalui Media di kuasai mereka telah bertindak menjaja dan menukar makna Perkara utama dan klausa dalam Perjanjian asal yang sama dengan mengatakan ia bukanlah Royalti yang wajib di bayar tetapi hanya sekadar Wang Ehsan. Dan selepas itu walaupun perjanjian menyatakan ia sepatutnya di bayar kepada Kerajaan Negeri mengikut terma perjanjian, tetapi Kerajaan PAS Terengganu telah di nafikan hak Royalti.
Dan menariknya, setelah Terengganu di kuasai semula oleh UMNO, pembayaran mengikut nisbah yang di nyatakan dalam perjanjian yang sama yang sebelum ini yang mereka tegaskan hanya Wang Ehsan (1999-2004) sekarang bertukar pula kepada Royalti. Tidakkah itu satu penipuan terbesar UMNO dan BN dan Media di kuasai mereka? Nampakkah kita semua bagaimana satu bentuk perjanjian dengan bahasa undang-undang yang sah telah di manipulasi oleh UMNO dan BN hanya bagi tujuan yang memihak pada kepentingan mereka !
Rakyat Perak, Pakatan Rakyat bukanlah penderhaka pada Sultan atau menolak Undang-Undang, tetapi merekalah sebenarnya pembela sebenar Raja-Raja Melayu bilamana UMNO dan BN memburukkan Raja-Raja Melayu dan berusaha menghapuskan Kekebalan (imuniti) dan Kuasa Raja-Raja Melayu dengan membuat pindaan terhadap Perkara 181(2) tahun 1993. Dan Sultan Pahang adalah Raja Melayu pertama yang di dakwa di Mahkamah Khas oleh seorang peniaga wanita Singapura. YM Negeri Sembilan juga di saman oleh Standard Chartered dan baru lagi seorang Sultan disaman oleh pelakon Hollywood Bruce Willis (ditarik balik kemudiannya, selesai luar mahkamah). Dimana sekalian penyokong UMNO yang kononnya membela Raja dan Sultan, mengapa tidak bangkit membela Sultan yang di saman tadi? Mengapa double standard pada raja-raja melayu? adakah di sana tiada kepentingan bagi Umno maka Sultan tidak perlu di bela?
Dan sekarang UMNO dan BN mendabik dada menuduh Pakatan Rakyat sebagai penentang Sultan dan mereka pembela? Rakyat perlu sedar siapakah petualang sebenar dalam hal ini.
Digest artikel dibawah, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang Sah !
Dated 7 Feb 2009 : Tengku Razaleigh : Why Nizar Is Still The MB
Dated 7 Feb 2009 : Ku Li Says Only Assembly Can Remove Perak MB
Dated 7 Feb 2009 : Mahathir: Sultan Boleh Disaman
Dated 7 Feb 2009 : Constitutional Expert: Sultan Can't Sack Nizar
Dated 7 Feb 2009 : Ku Li: Nizar Is Still MB
Dated 6 Feb 2009 : Sultan Cannot 'Sack' An MB
Disediakan oleh,
Zulkifli bin Daud
Jawatankuasa Dewan Pemuda
PAS Kawasan Gopeng.
No comments:
Post a Comment