Tuesday, February 17, 2009

MB Ir Nizar Failkan Saman Terhadap Kerajaan Haram Perak

Nizar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
sambutan Ir Nizar di Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sempat melambai ketika beliau diasak para jurugambar semasa memfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

13 Feb 2009, KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.
Mohammad Nizar, 52, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 6 Feb lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.
Beliau, yang hadir di mahkamah dengan berbaju Melayu lengkap berwarna hijau, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasakuasa Khas di sini, melalui Tetuan Leong & Tan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
Mohammad Nizar, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang apabila memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, menamakan Zambry sebagai responden dalam permohonan tersebut.
Dalam permohonan itu, Mohammad Nizar, yang memegang jawatan Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas, mendakwa beliau masih merupakan Menteri Besar yang sah atas tiga alasan berikut:
Pertama, tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak; Kedua, tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai Menteri Besar Perak; dan Ketiga, tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar Perak.
Dalam afidavit sokongan terhadap permohonan itu, Mohammad Nizar menyatakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri melalui surat bertarikh 30 Januari 2009, dan seorang lagi ADUN Hee Yit Foong (Jelapang) meletakkan jawatan beliau melalui surat bertarikh 3 Feb, 2009.
"Berikutan peletakan jawatan itu, Barisan Nasional kini mempunyai 28 Anggota Dewan Undangan Negeri. Saya telah memaklumkan kepada Sultan perkembangan terkini dan berdasarkan prinsip demokrasi, memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat Perak memilih semula kerajaan yang mereka kehendaki. [ref Mstar]

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7