Tuesday, February 3, 2009

Rapatkan Saf Perjuangan: Kita Sedang Di Uji

Dalam situasi sekarang amatlah perlu kita merapatkan saf perjuangan. Umat yang berjuang tidak akan sesekali lalai dengan tipudaya musuh. Juga tidak lalai menitipkan usaha dengan doa kepada Allah s.w.t. Semua di saran bermunajat kepada Allah s.w.t. agar di beri kemudahan dalam menjaga kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang kita bina ini. Semoga Allah s.w.t. selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Wamakaru Makarallah, WallaHu Khairul Maakiriin.
(mereka merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah lah yang terbaik)

2 Feb, IPOH: Sidang akhbar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Ipoh semalam 2 Feb 2009.

2 FEB, KUALA KANGSAR: MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin melambaikan tangan kepada wartawan ketika keluar dari Istana Kinta, selepas mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah Ipoh, hari ini. Mohamad Nizar dipercayai memaklumkan baginda mengenai perkembangan semasa politik negeri itu khususnya berkaitan desas-desus perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu.

2 FEB : bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online memberitahu, mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan. Mengikut skop perundangan, kata beliau, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan. "Mengikut undang-undang (Perlembagaan negeri dan persekutuan), SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya (dalam 60 hari)," kata beliau yang juga bekas Setiausaha SPR. Beliau bersara 30 Disember lalu. Sama ada penyandang kerusi terbabit mahu mencabar keputusan Speaker ataupun sebaliknya, ia merupakan perkara lain, kata beliau lagi.

2 FEB, IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak. "Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker. "Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong. "Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya.

3 FEb,PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf menunjukkan surat rasmi daripada kerajaan negeri Perak yang memaklumkan berlakunya kekosongan bagi kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang pada sidang media di Putrajaya hari ini. Turut hadir Timbalannya, Datuk Wah Ahmad Wan Omar (kiri)

3 FEB, MASIH BERSEMBUNYI: Kira-kira enam jam selepas keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi menyatakan pendirian keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun Jamaluddin yang menegaskan tidak menerima ganjaran daripada Barisan Nasional (BN) sebagaimana didakwa pemimpin Pakatan Rakyat berkata, beliau akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7