Tuesday, March 3, 2009

AMK Hadiah Lembu Buat SPRM

lembu untuk SPRM
PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin menegaskan, pihaknya tidak akan memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan menghadiahkan lembu secara simbolik Rabu lalu, sebaliknya sedia berhadapan dengan tindakan mahkamah jika didakwa.
"Saya cabar untuk didakwa.. hendak dakwa di bawah seksyen apa? Saya juga tidak akan meminta maaf... saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan semalam.
Beliau turut menyelar keras kenyataan balas yang dikeluarkan secara biadap oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan dalam temu bual bersama Sunday Stardan mStar Online, yang disiarkan semalam.
Ahmad Said mempertikaikan tindakan AMK menghantar seekor lembu kepada SPRM sebagai tindakan yang 'bodoh dan kebudak-budakan'.
Menurut Ahmad Said, tindakan AMK menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "merupakan penghinaan kepada kerajaan"

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7