Tuesday, March 3, 2009

Sidang DUN Besok SAH, Speaker Dewan - V.Sivakumar

IPOH, 2 Mac: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar (dua, kiri) mengadakan sidang media di sini, semalam bagi mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri yang mengatakan Speaker DUN tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Siavakumar, berdasarkan Perlembagaan Perak, sidang tergempar Dewan itu pada Selasa ini (esok) adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Ini kerana, Speaker boleh memanggil sidang tergempar DUN tanpa memerlukan perkenan Sultan terlebih dahulu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Razak juga berpandangan yang sama, sidang ini tidak sah

Menurut peguam Mohamed Hanipa Maidin, Speaker berhak memanggil sidang ini tanpa perlu perkenan Sultan.

Bagi beliau, Umno melakukan kesilapan apabila 'merampas kuasa' di Perak tanpa 'menculik' Speaker Dun.

Ini kerana, sebagaimana Sultan, Speaker juga mempunyai kuasa yang besar dalam menguruskan hal ehwal Dun Perak ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula berkata, Najib tidak belajar dari bapanya, Tun Abdul Razak apabila melakukan rampasan kuasa di Perak.

"Tun Razak ketika mahu mengambil alih kuasa di Kelantan dahulu memastikan Speaker berada di pihak beliau terlebih dahulu," kata Husam kepada Siasah. [Siasah]

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7