Tuesday, March 3, 2009

YDP Dewan Negara Anggap Mereka Yang Timbulkan Kekecohan Di Lobi Parlimen 'BODOH'

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh hari ini berkata, tahap keselamatan di Parlimen akan diperketatkan berikutan insiden pergaduhan semalam.
"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini.
Petang semalam, suasana di pintu masuk ke bangunan Parlimen kecoh apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.
Bagaimanapun, keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.
Campur tangan mereka bagaimanapun menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak sehingga pihak polis terpaksa datang untuk mententeramkan keadaan. [mstar]

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7