Wednesday, April 1, 2009

Subuh, Hari Penamaan Calon 29-Mac-2009

Pengalaman Subuh di hari Penamaan Calon di Taiping meninggalkan kenangan manis yang akan terpahat selamanya dalam perjalanan perjuangan semua yang telah berada di saat dan ketika itu di Masjid Daerah Taiping.

Kami bertolak dari Ipoh pada 12 tengah malam dengan 2 buah kenderaan. Dan bermalam di rumah sahabat di Taiping. Bangkit jam 5 pagi dengan harapan tiba awal di Masjid untuk solat subuh dan membuat persediaan awal untuk bergerak ke tempat penamaan calon.

Setibanya di Masjid Daerah,. walaupun tiba awal masjid telah penuh sesak hingga melimpah keluar. Teringat akan suasana di hari Jumaat, tapi kali ini lain, amat lain sekali kerana 'feel' solat Jumaat itu lain, tapi pada waktu itu solat subuh satu masjid sudah penuh melimpah se awal waktu lagi.

Perasaan teruja tu muncul. Di syukuri dengan nikmat keselamatan perjalanan dan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan yang keranaNya kami bersama dengan ribuan sahabat merata pelusuk negara yang berpegang pada wadah perjuangan yang sama.

Amat manis dan bertuah berada di situ pada subuh 29-Mac-2009 di Taiping. Saksikan sedikit gambar-gambar yang di ambil untuk tatapan semua. (coretan S/U PAS Caw Taman Seri Rapat Zul, juga hadir Hj Sultan, Refai, Mat Nazri, Azlan)


No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7