Sunday, June 21, 2009

Nik Aziz enggan ubah pendirian

ALOR SETAR 20 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berkeras dengan pendiriannya menentang cadangan kerajaan perpaduan meskipun banyak pihak berharap beliau mengubah pendiriannya itu demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Malah Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan.

Menurutnya, beliau berkeras menentang idea pembentukan kerajaan perpaduan kerana berasakan sudah masak dengan tindak-tanduk UMNO selama ini.

“Ya, tetap menentang cadangan kerajaan perpaduan. Kami dah kenal UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah, Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau dikatakan ke negeri ini untuk mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Pas negeri.

Ketibaannya di lapangan terbang berkenaan disambut oleh sekumpulan penyokong Pas yang turut membawa kain rentang bertulis ‘Kami bersama-sama menyokong Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat’.
ref Utusan

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7