Monday, June 15, 2009

Nizar Dan Enam Anggota Parlimen Diarah Keluar Dewan Rakyat


Dari parlimen KUALA LUMPUR, 15 Jun - Nizar yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebentar tadi, diarah keluar Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau diarah keluar tidak sampai lima minit setelah mengangkat sumpah, berikutan tindakannya yang mencetuskan suasana gamat dengan suara 'hidup rakyat, bubar Dun Perak' sejurus selesai menandatangi sumpah menjadi ahli dewan.
Turut di diarah keluar bersama Nizar empat lagi ahli Parlimen Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Meng (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) atas pemakaian pengikat kepala 'Bubar DUN Perak'.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menggantung mereka dari hadir bersidang semala dua hari atas aturan mesyuarat 44.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7