Saturday, June 20, 2009

Sempadan Atau Teladan

Sumbangan Zouls, mail id zoulsent@streamyx.com

bila perikatan kalah pru mei 1969, depa tak boleh nak form govt peringkat federal. di sgor, perak, penang depa kalah teruk. maka berlakulah tarikh berhantu the black mei-thirteen spt yg telah berlaku. penyelemat mereka adalah tindakan meletakkan negara di bawah mageran. so takdak kerajaan tp penguasa mageran tun abdul razak tu lah the care taker sebenarnya.

kemdian gerakan join perikatan -skrg bn-. tinggal lah dap terkantung-kantung. sapa kata dap komnis musti ingat, gerakan dan dap dulu sama ja melodi dia. cuma chinese playcard yg memilih gerakan untuk bersama mca dalam perikatan. maka lepas tu adalah siket kekuatan dan tubuhlah kerajaan. kemdian nak bagi balance kuasa politik dalam perikatan, di risik-risik, di pinang lah pas.

di pendek kan cerita, ricih cerita, riak-riak isu unity govt -kjaan ppaduan- skrg ni kalu sapa ada pak, ayah, tok, tok nye, tok kepada tok kepada tok, tanya lah sama dak.

takat nak kasi neutral kalangan pas hat tak setuju dulu pakai main bunga-bunga bahasa, art of psycho war saja.

akhirnya 1971 pas sertai perikatan. hat sokong pas berpecah. hat dok dalam kjaan lena di ulit mimpi. tapi tak lama.

rupanya. masa pas masuk perikatan dulu pas kuat, gagah, semua orang nak kat dia. tapi bila dok dalam perikatan, peringkat bulan madu ok la, lama-lama pas hat asalnya hansem, mancho dah jadi burok dan berok dalam perikatan.

akhirnya 1977 pas tercampak keluar. then what?? kelantan pula di magerankan.

setelah melewat satu pilihanraya pas bersama perikatan dan perikatan -skrg bn- selepas tu pun dah bertambah kuat. maka yg makin lemahnya adalah pas.

akhirnya pas macam sykt penerbangan mas yg masa kjaan swastakan bagi kat tajuddin macam ikan kembong nala gemok lagi besar, tapi bila mas rugi, kerajaan beli balik dan masa pulang kat kerajaan -rakyat, kita lah- dah tinggal tulang dah.

pas pun macam tu lah dulu. masa belom masuk perikatan sihat segar bugar, macho, pakat di gila orang, tapi sehabis dok dalam perikatan dan tertendang keluar, pas dah tinggal rangka siket lagi nak masuk icu makan nasik ikut salur tube. ingat sejarah tu.

tg nik aziz selalu sebut jgn di patuk ular di lubang yg sama 2 kali.

la, kerjasama ka, perpaduan ka, muqabalah ka, muzakarah ka, unity govt ka,. semua tu lubang sama saja.

kat dalam lubang tu masih dok ada ular yg sama yg telah 'mematuk' pas 38 tahun dulu.

tg nik aziz tempuh benda tu. ramai pucuk pimpinan pun tempuh sama zaman tu, tapi bukan semua yg benak nya betul jadikan pengalaman lalu sebagai ukuran teladan atau sempadan.

menghentikan suatu hal yg mendatangkan kerosakan, fitnah itu lebih aula dari membuat penjelasan di atas kerosakan yg berlaku kerananya.

tanyakan pula anak memali apa kata mereka tentang unity govt?

wassalam.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7