Friday, July 31, 2009

8 Tahun Guna Air Lombong ?

Ketiadaan sistem bekalan air yang sempurna memaksa penduduk Taman Widuri, Bukit Beruntung 3 di Selangor mendapatkan bekalan air dari lombong berhampiran untuk kegunaan seharian seperti membasuh pakaian. Masalah yang sudah berlarutan sejak mereka mendiami kawasan perumahan itu lapan tahun lalu adalah disebabkan sikap pemaju yang tidak menyediakan kemudahan berkenaan sehingga menyusahkan penduduk. Sebagai langkah alternatif, pemaju menyambung sistem bekalan air dari sungai berhampiran tetapi kualiti air tersebut berada pada tahap tidak memuaskan dan tidak sesuai untuk diminum. Penduduk tidak boleh mendapat bekalan air bersih dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana kawasan itu tidak bersambung dengan sistem paip utama. [ Gambar l SeBAHAGIAN penduduk Taman Widuri di Bukit Beruntung 3, Selangor terpaksa menjalani rutin harian membasuh pakaian di lombong berhampiran kerana ketiadaan bekalan air. - ...

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7