Wednesday, July 22, 2009

Pakar lawat lagi lokasi Teoh mati

Dua ahli pathologi melawat kembali Plaza Masalam untuk menyiapkan kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock, Khamis lalu, selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dr Prashant Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Dr Khairul Azman dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang menghabiskan masa dua jam di situ, lapor laman web The Star.
Kedua-duanya meninjau kembali tingkat 14 bangunan itu yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, tingkat lima lokasi mayat Teoh ditemui dan juga kawasan letak kenderaan di tingkat bawah.
Pegawai penyiasat polis Shah Alam, DSP Kamarudin Ismail dilaporkan berkata kunjungan dua pakar pathologi mengumpul lebih maklumat sebelum menyerahkan penemuan mereka.
Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah itu - ditemui mati beberapa jam selepas disiasat SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor. ref Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7