Wednesday, July 15, 2009

PRK N41 Manek Urai : Pas Kuasai Lata Rek

1.25pm Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

Kumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.

Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).

Beberapa penyokong Umno kelihatan berteduh di pokok-pokok berhampiran

ref Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7