Tuesday, July 28, 2009

UMNO Putaq Alam

Kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan hubungan erat antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Pusat di pusing cerita oleh para pembesar Umno dan media di propagandakan sebagai 'lembut lidah' Tuan Guru untuk berbaik dengan Umno kearah perpaduan.

Jelas pada kita sekarang, Umno lah punca isu Kerajaan Perpaduan yang sebelum ini telah hampir memerangkap Pas tetapi mereka menafikannya.


Dengan isu Kerajaan Perpaduan atau Unity Government telah tamat bagi kita, Umno masih berterusan cuba memancing umpan politik dengan isu perpaduan sedangkan terbukti mereka lah yang menolak kesatuan orang melayu dengan sikap pilih kasih mereka diatas perbezaan dasar politik.

Perpecahan Melayu hanyalah satu retorik Umno bagi meraih simpati orang Melayu di atas isu Perpaduan.


KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.

Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," kata beliau.
ref Siasah

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7