Wednesday, August 26, 2009

Sultan Kedah perkenan Adun Lunas digugur jawatan Exco

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan Exco berkuat kuasa semalam.
Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri BesarDatuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Perkara ini sudah maklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga sudah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakatdan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
Sementara itu, Azizan berkata, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikanAdun Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu, manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.
"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku,"katanya.
Pada Isnin lalu, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.
Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha KerajaanNegeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Excoberkenaan.
"Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, PembangunanMasyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untukmenggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincanganantara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunasyang terletak berhampiran dengan Kulim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7