Friday, August 14, 2009

Anwar: Pakatan Rakyat Akan Jadi Pertubuhan Sah

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, Pas dan DAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah tidak lama lagi.
Beliau yang juga ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun berkata perihal pendaftaran itu sedang dikaji oleh sekretariat pakatan itu.
"Sekretariat Pakatan Rakyat yang dianggotai Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Anthony Loke Siew Fok (Pengarah Pendidikan Politik DAP) sedang mengkaji dan akan melaporkan dalam mesyuarat yang akan datang.

"Laporan itu ialah tentang bentuk pendaftaran Pakatan Rakyat, bagaimana boleh menyusun, mendaftar dan merasmikan kewujudan Pakatan Rakyat dan itu akan dikaji," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di Tropicana Golf and Resort di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7