Wednesday, August 12, 2009

Inkues Teoh: Kesan Di Tangga Bukan Darah, kata Peguam

PERIKSA... Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia dengan dibantu oleh dua pakar bersiap sedia untuk menjalankan ujian DNA dan forensik di tangga tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam, Shah Alam kira-kira 11.40 pagi tadi. Ujian itu berakhir empat jam kemudian.

SHAH ALAM: Ujian ke atas kesan calitan pada tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam di sini semalam - tempat Teoh Beng Hock ditemui mati bulan lalu, mendapati ia bukan kesan darah.
Peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata, hasil ujian awal mendapati kesan tersebut dipercayai cecair antikarat semata-mata.
Malah beliau memberitahu bahawa hasil tinjauan di koridor tingkat lima menjumpai kesan serabut seperti fiber yang dipercayai daripada seluar Teoh.
Tinjau... Saintis forensik Thailand, Somchai Chailermsooksant ketika membuat tinjauan di Plaza Masalam kira-kira pukul 11 pagi tadi.

"Selepas dibuat ujian terperinci ia didapati bukan darah... dalam masa yang sama, kami juga telah buat pemeriksaan mendalam sekali lagi di tingkat 14, 15 dan juga di tingkat lima di mana mayat dijumpai

"Di situ kami juga telah lihat dua atau tiga petunjuk baru... kami harap ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan apa yang berlaku pada malam kejadian.
"Pihak ahli kimia telah mengambil spesimen itu ke makmal untuk membuat analisis dan kami harap satu laporan terperinci akan disediakan secepat mungkin untuk dikemukakan kepada koroner," kata beliau kira-kira pukul 3.10 petang semalam.
Ujian itu dijalankan oleh tiga orang iaitu pakar DNA, Dr. Seah Lay Hong; bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Amidon Anan dan saintis forensik Thailand, Somchai Chailermsooksant.
Mereka menjalankan ujian itu kira-kira empat jam.
Gobind juga berkata sehingga kini beliau berpuas hati dengan hasil siasatan yang dijalankan.
"Kami berpuas hati, tetapi subjek kepada laporan yang diterima sekarang kerana ujian ini dilaksanakan bersama pakar kami yang mengesahkan bahawa ia bukan kesan darah.
"Jadi kami terima, pihak ahli kimia dan forensik akan mengeluarkan laporan lengkap," katanya.

BUKAN DARAH... Hasil ujian mendapati kesan tompokan yang terdapat pada kawasan tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam tersebut bukan darah. Sebaliknya kesan tersebut dipercayai calitan bahan antikarat.

Ditanya sama ada pihaknya akan mendapatkan khidmat Pengarah Institut Sains Forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasuman bagi turut serta dalam kes ini, Gobind berkata perkara tersebut bergantung kepada hasil laporan pakar forensik tempatan berhubung hasil siasatan mereka.

"Apa yang pakar katakan di mahkamah nanti adalah sangat penting, jika ada bahagian-bahagian tertentu yang kami tidak puas hati kami akan persoalkan nanti. mstar

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7