Saturday, August 8, 2009

Inkues Teoh: Siasat Kemungkinan Mangsa Di Tolak

Hock Chuan (kiri) melihat tingkap tempat Beng Hock dipercayai terjatuh di Plaza Masalam, Shah Alam baru-baru ini

SHAH ALAM - Peguam pemerhati dalam prosiding inkues Teoh Beng Hock menimbangkan untuk memohon supaya siasatan tambahan dijalankan terhadap kemungkinan mendiang mati selepas jatuh ditolak dari bangunan Plaza Masalam di sini.
Peguam Gobind Singh Deo berkata, permohonan itu akan dikemukakan kepada koroner Azmil Muntapha Abas supaya beliau dapat mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepada polis untuk melakukan siasatan tambahan.
"Setakat ini prosiding inkues hanya menjurus kepada siasatan terhadap teori bahawa Beng Hock terjatuh atau membunuh diri.
"Bagaimanapun kemungkinan bahawa si mati jatuh ditolak tidak pula disiasat.
"Ini memudaratkan kes kami," kata Gobind kepada media setelah prosiding inkues semalam selesai meninjau bangunan Plaza Masalam tempat mangsa ditemui mati.
Gobind berkata, saksi-saksi yang tampil ke mahkamah sebelum ini hanya bersedia memberikan keterangan berhubung kemungkinan Beng Hock menemui ajalnya selepas terjatuh dari bangunan itu atau membunuh diri."Tiada siasatan yang kemungkinan Beng Hock jatuh ditolak, bukan sebab tidak disiasat tetapi mungkin terlepas pandang," katanya.
Inkues hari keempat semalam bermula dengan lawatan hampir dua jam koroner dan pihak-pihak terbabit ke bangunan Plaza Masalam yang bermula pada pukul 9.50 pagi. Kosmo

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7