Thursday, August 13, 2009

KDSB (Pemaju PKFZ) Dedah Serah RM10 Juta Untuk Presiden MCA

ModDPP - ini berkaitan isu PKFZ yang buat laporan polis terhadap KDSB berkaitan unsur penyelewengan dalam kos tuntutan oleh KDSB melibatkan jumlah RM500juta - 1 bilion. Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing kemudiannya buat pendedahan bahawa KDSB ada menyerahkan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tahun 2008. Ia mungkin justifikasi berkenaan tuntutan tidak munasabah KDSB . Jadi KDSB mendedahkan mengapa demikian dengan pendedahan kemana wang berkenaan mengalir. Pi mai pi mai tang tu jugak la duit rakyat, tax payer money masuk kantung kroni BN. Read thru'..

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.
Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7