SANDAKAN: Seorang wanita bersama anak lelakinya berusia dua tahun lemas selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki hanyut dibawa arus deras ketika menyeberangi Sungai Tongod di Jalan Sapi Nangoh, kelmarin. Kenderaan itu dipandu pengurus ladang sawit yang sempat menyelamatkan diri.
Ketika kejadian pengurus ladang berkenaan dalam perjalanan menghantar wanita dan anaknya yang sakit ke klinik.
Arus sungai yang deras menyukarkan usaha mengeluarkan dua beranak itu dari kereta yang dihanyutkan sejauh 30km dari tempat kejadian.
Jentera Bomba dan penyelamat mendapat panggilan mengenai kejadian pada jam 9.18 pagi dan tiba di tempat kejadian jam 1 petang, berikutan lokasinya 157 kilometer (km) dari Sandakan.

Kedua mangsa hanya dapat dikeluarkan pada jam 4.49 petang.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menarik pacuan empat roda yang dihanyut arus sehingga mengorbankan dua beranak di Sungai Tongod, Sandakan, semalam. BH
No comments:
Post a Comment