Monday, August 10, 2009

Najib Ketengah 'Formula Pekan' Untuk Tawan Selangor

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau mahu Selangor dikembalikan semula kepada tangan Barisan Nasional kerana negeri itu adalah penting sebagai nadi negara.
Peluang untuk Barisan Nasional (BN) berkuasa di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat partiparti komponen yang diterajui Umno sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah, kata beliau yang juga Presiden Umno semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, Umno tidak boleh mempunyai perasaan benci kepada orang lain dalam keluarga BN dan perlu berjuang bersamasama dalam satu keluarga besar berganding bahu berjuang secara seia sekata dan sehaluan.

"Ini harapan saya... pesanan saya kalau hendak menang buat cara nak menang, jangan kita kata nak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Najib berkata, perancangan itu yang dipanggil sebagai "Formula Pekan" telah membawa beliau ke persada yang lebih tinggi di dalam politik negara sehingga menjadi Perdana Menteri dan presiden parti. BERNAMA

Mod DPP : Apakah 'Formula Pekan' yang di maksudkan PM Najib Tun Razak?

Untuk itu kita perlu mengimbas kembali sejarah pilihanraya di mana pada pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 Najib Tun Razak nyaris tersungkur kalah di Parlimen Pekan dengan menang dengan majoriti razor blade sebanyak 241 undi sahaja. Pada ketika itu Najib Tun Razak memperolehi sebanyak 13, 148 undi, 241 undi sahaja mengatasi calon PAS Ramli bin Mohamed yg memperolehi sebanyak 12, 907 undi.

Menjelang pilihanraya berikutnya di PRU ke-11 pada 2004, kawasan-kawasan penempatan baru di tambah di kawasan Parlimen Pekan dan di adakan re-structure of election boundary (persempadanan semula kawasan pilihanraya).

Dengan semua persediaan berkenaan pada PRU ke-11 pada 2004, Najib Tun Razak telah menang selesa dengan memperoleh 31, 956 undi mengatasi calon PAS Zakaria bin Dahlan yg hanya memperolehi 9034 undi. Najib menang dengan majoriti 22, 922 undi !

Bayangkan dari majoriti 241 undi pada pilihanraya 1999 meningkat mendadak kepada majoriti 22,922 undi pada pilihanraya Mac 2004.

Itulah apa yang di katakan sebagai 'formula Pekan' buat Najib.

Kita yakin dalam kehangatan rakyat dan Pakatan Rakyat berhadapan dengan isu-isu semasa sekarang, perancangan dalaman melibatkan daftar, taburan pengundi, menambah pengundi sedang berjalan. Ia berlaku di Selangor dan ia mungkin sedang berlaku di Perak bagi menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya semula. Kerana Umno tidak akan membubarkan DUN bagi tindakan yg di sifatkan 'membunuh diri' buat mereka. Pembubaran DUN oleh Umno, Kerajaan Haram sekarang hanya akan berlaku setelah perancangan dan kajian strategik mereka terbukti akan membuahkan 'hasil' buat mereka.


Kita -Pakatan Rakyat- mampu berhadapan dalam pilihanraya. Kita yakin bahawa 'mereka merancang, dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah lagi hebat' tapi kita kena berjaga-jaga dengan perancangan dan membuat persediaan kerana 'kebathilan yang tersusun rapi itu boleh mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun'

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7