Monday, August 10, 2009

Noordin Mat Top Mati Di Bom ?

TEMANGGUNG, Jawa Tengah 8 Ogos – Polis elit antipengganas Indonesia terpaksa melontar enam bom sebelum dapat membunuh pengganas paling dikehendaki di republik ini, Noordin Mat Top yang telah melilitkan bom pada badannya di sebuah rumah di Kampung Peji di sini pagi ini.

Noordin dikatakan berkubu di dalam bilik air setelah terkepung selama 17 jam sejak semalam, dipercayai telah kehabisan peluru selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan Indonesia itu.
Dia dipercayai bertindak nekad melilitkan bom pada badannya dan memaksa polis meletupkan bom bagi membunuh pengganas itu.
Ketika bom pertama diletupkan, polis dapat mendengar suara Noordin mengerang kesakitan akibat tercedera dan apabila ditanya siapa di dalam, dia mengaku adalah Noordin.
Bagaimanapun, setelah enam butir bom diletupkan ke dalam rumah berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi, akhirnya ia membunuh Noordin yang genap berusia 41 tahun, 11 Ogos ini.
Selepas terbunuhnya Noordin, kelihatan anggota pasukan elit antipengganas berkenaan bertepuk tangan, saling mengucapkan tahniah dengan bersalaman antara satu sama lain sambil tersenyum. Reaksi itu dapat dilihat semasa siaran langsung yang disiarkan televisyen tempatan. UtusanOnline

Polis Indonesia belum dapat pastikan mayat Nordin

JAKARTA: Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, mengaku belum dapat mengesahkan bahawa lelaki yang mati ditembak di Temanggung, Jawa Tengah semalam adalah pengganas rakyat Malaysia Noordin Mat Top, walaupun media tempatan melaporkan bahawa keluarga Noordin akan datang ke Indonesia.

Bambang berkata, polis hanya akan dapat membuat pengesahan indentiti sebenar lelaki yang ditembak mati dalam serangan polis ke atas sebuah rumah di Desa Kedu semalam setelah ujian deoxyribonucleic acid (DNA) dijalankan.
Jenazah lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Polis di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di sini ketika dihubungi, berkata mereka belum mendapat sebarang maklumat daripada pihak berkuasa Indonesia mengenai isteri dan tiga anak Noordin yang dikatakan akan datang dari Johor.
Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam "Operasi Tiga Serangkai" yang menurut Bambang dijalankan sejak petang Jumaat.

Selain di Temanggung, polis juga menembak mati dua lagi lelaki yang juga dipercayai pengganas dan merampas beratus kilogram bahan letupan di tempat kejadian. BeritaHarian

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7