Thursday, August 20, 2009

Pihak Berkuasa Lembab Tangani Kebakaran Kapal Tangki Dalam Perairan Negara

USAHA memadamkan kebakaran kapal tangki MT Formosa Product Brick dari Liberia masih dilakukan semalam selepas kapal itu dilanggar oleh sebuah kapal kargo di perairan Selat Melaka, dekat Port Dickson.
Perlanggaran membabitkan dua buah kapal di perairan Selat Melaka, kira-kira 37 kilometer dari pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan berlaku tumpahan minyak dalam lingkungan 5 kilometer di perairan terbabit.
Kejadian pukul 9.15 malam itu membabitkan sebuah kapal tangki MT Formosa Product Brick dari Liberia membawa muatan minyak mentah yang dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kapal kargo Ostende Max dari Britain yang membawa arang batu.

Berikutan insiden tersebut, kapal tangki yang membawa 25 orang krew itu terbakar manakala sembilan anak kapalnya masih hilang. Kapal kargo terbabit pula kini berlabuh di perairan Port Dickson setelah tiga anak kapalnya cedera. Sehingga pukul 6 petang semalam, usaha memadamkan kebakaran kapal masih dilakukan semua agensi terlibat. -utusan

komen : Kapal Tangki yang membawa minyak mentah berlanggar dan terbakar dalam perairan negara tapi tindakan pihak berkuasa tempatan amat lemah. Hanya sebuah bot friget yang memadamkan kebarakan. Dan tiada usaha segera bagi mengawal sebarang kemungkinan tumpahan minyak yang mungkin merebak dan merosakkan ekosistem laut dan pantai negara yg boleh menjejaskan hidupan dan sumber laut.
Dentuman kuat, api marak

KAPAL tangki minyak yang terbakar selepas berlanggar dengan sebuah kapal lain di perairan Selat Melaka kelmarin.

PORT DICKSON - "Saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum diikuti dengan kapal bergegar."

Demikian cerita seorang anak kapal tangki minyak MT Formosa Product Brick dari Liberia yang membawa 25 krew terbakar selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo dari Britain kira-kira 20 batu nautika dari barat daya Port Dickson di perairan Selat Melaka pada pukul 9.15 malam kelmarin.

Soong In Tak, 42, rakyat China, berkata, semasa kejadian dia berada di kemudi kapal sebelum terdengar bunyi dentuman dan kapal bergegar dengan kuat.

"Saya dan anak kapal lain terkejut apabila ternampak pula api marak di belakang kapal sebelum kami semua menurunkan bot kecemasan ke laut dan menaiki bot itu," kata beliau ketika ditemui di Hospital Port Dickson semalam.

KAPTEN kapal, Jiang Han Cheng (kiri) bersama anak kapal menerima rawatan di Jeti Penumpang Port Dickson selepas diselamatkan.
Bagaimanapun, katanya, daripada 25 anak kapal hanya 16 daripada kami yang dapat menyelamatkan diri baki sembilan lagi anak kapal masih hilang.

Seorang lagi mangsa, Jiang Ren Fu, berkata, semasa kejadian dia menonton televisyen sebelum terasa bahagian belakang kapal dilanggar dengan kuat.

"Suasana terus jadi kelam-kabut kerana masing-masing mahu menyelamatkan nyawa," katanya dengan memberitahu semua anak kapal adalah rakyat China kecuali dua rakyat Taiwan.

Ekoran itu, pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari semalam bagi mengesan sembilan anak kapal yang hilang.

Kapal tangki MT Formosa Product Brick itu terbakar selepas ia berlanggar dengan sebuah kapal lain. kosmo

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7