Tuesday, August 18, 2009

Satu lawan satu di DUN Permatang Pasir

SATU LAWAN SATU.... Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.
MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir - yang diwarnai kebimbangan jangkitan influenza A(H1N1) dan suasana bulan Ramadan bermula hujung minggu ini - menyaksikan saingan satu lawan satu antara musuh tradisi - BN dan PAS.
Hanya calon mewakili dua parti itu yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi.

Tiga orang telah membayar deposit setakat semalam. Malah sehingga pagi tadi ada yang menyebut kemungkinan akan ada empat calon termasuk BN dan PAS yang akan bertanding kali.

BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man.

Status bahawa calon kedua-dua parti itu layak membawa cabaran pada pilihan raya ini, yang keempat di bahagian Permatang Pauh dalam tempoh 18 bulan lalu - diumumkan satu setengah jam kemudian. Selepas selesainya proses penamaan calon, BN dan PAS masing-masing menjanjikan saingan sengit dengan mengambil kira senario politik semasa. mstar

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7