Saturday, September 19, 2009

Samy Vellu satu liabiliti pada BN - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya. BERNAMA

DPP Gopeng: Samy Vellu satu liabiliti pada BN. BN pula liabiliti pada rakyat Malaysia. Pemimpin mereka hidup mewah dengan segala privilege yang di sara wang cukai rakyat, gaji mereka di bayar rakyat,. tapi setelah 52 tahun memerintah mereka gagal dalam membela nasib rakyat. Segala kenaikan kos di bebankan kepada rakyat. Di negara maju, rakyat menilai sejauh mana kemampuan sebuah kerajaan yang mereka pilih dalam mengadaptasi kenaikan kos dengan keseimbangan sara hidup dan kemampuan rakyat. Dalam kata lain, rakyat mahu melihat pemimpin yang mereka pilih kerah kepala otak, idea, formula bagi membela rakyat. Jika sebarang kenaikan kos terus di bebankan kepada rakyat, tiada sumbangan dari kerajaan yang di pilih dan kerajaan sebegini akan di hukum dengan menendang mereka keluar bagi memberi laluan kepada kerajaan baru. Pertukaran kerajaan menjamin persaingan membela rakyat bagi mengekalkan kuasa. Bukannya bergantung pada media dan undang-undang yg di manipulasi untuk mengekalkan kuasa. Jika kerajaan yg ada hanya semudah itu memindahkan kenaikan kos petrol, makanan, kenderaan, cukai, tol, letrik, air,.. kepada rakyat. Maka kita tidak perlukan pemerintah sedemikian,. cukup -maaf kata- drebar teksi, cikgu bahasa inggeris, cikgu matematik, tukang kebun pun tahu buat.

Kegagalan kerajaan BN bukan hanya melampias terhadap sistem yang mereka laksanakan,. malah lebih parah lagi sekarang ini,. segala binaan mereka pun retak, roboh, bocor.

Melayu dan rakyat Malaysia perlu di didik berfikiran penuh kritis agar tidak selamanya di manipulasi dan di perbodohkan kerajaan Barisan Nasional.

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

    p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KALAU ADA RUMAH TERBUKA JEMPUTLAH SAYA . SEMOGA PR TERUS BERJAYA DI PRK BAGAN PINANG INSYALLAH. WSLM

    ReplyDelete

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7