Monday, October 5, 2009

4 Kampung Lenyap Tertimbus Runtuhan Bukit

empat buah kampung di Padang dipercayai lenyap akibat ditimpa tanah runtuh menyebabkan lebih 4,644 dipercayai tertimbus termasuk satu rombongan perkahwinan, kata seorang pegawai semalam.


Imej antena yang diambil menunjukkan kawasan yang mengalami tanah runtuh di Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia akibat daripada gempa bumi yang berlaku Rabu lalu. Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu memusnahkan sehingga 100 km kawasan pesisir barat Pula


Gegaran kuat berukuran 7.6 skala Richter pada Rabu itu menyaksikan ratusan buah kampung di kawasan berbukit Padang mengalami kerosakan menyeluruh.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, perkampungan di Pulau Aiya, Lubuk Lawe dan Jumena di daerah Pariaman lenyap ditimbus tanah runtuh.

Tinjauan agensi berita AFP mendapati puluhan rumah penduduk dari bandar raya itu ke kawasan tanah tinggi hancur.

"Operasi menyelamat mangsa amat sukar kerana rumah mereka 'disedut' ke bawah tanah sedalam empat meter," kata seorang pegawai kerajaan yang dikenali sebagai Topan.

"Setakat ini, kami terpaksa menggunakan tangan untuk menggali tanah," katanya. Beberapa mayat ditemui di sebuah sungai berdekatan dan dijangka banyak lagi akan timbul.

Satu pasukan 100 anggota telah tiba namun mereka tidak mampu mengalihkan pelbagai jentera berat ekoran kebanyakan jalan terputus dan sempit untuk dilalui.

Ketua delegasi Indonesia untuk Persekutuan Bulan Sabit dan Palang Merah Antarabangsa, Bob McKerrow berkata, rakaman foto udara menunjukkan kawasan pedalaman terjejas teruk. -Agensi

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7