DPPGopeng: Gempaknya lebih, jejer beritanya 'kena tumbuk' berjela lebih dari berita anak kecik yg kematian orang tua di Padang, Sumatera. Takat tisu lembut 'terusik' tak perlu penangan tumbuk, massage pun bisa bikin tisu lembut terkalih.
High BP? dengan size badanmu tiada siapa yg heran tekanan darah 165/95. Mungkin pressure tahap gaban mengiakan berita kecik yg kemungkinannya diada-adakan bikin tekanan darah memuncak.
Sounds hard too believe lah!
Teringat kesah di Kg Kubang Bok, Kedah dulu bila sorang Ketua Polis di beritakan, di jejer media gatal-gatal tangannya di lempar cuka getah dalam plastik. Hingga dalam dewan Parlimen di bangkitkan. Lantas di sanggah benak dema ni yg overklimaks menipu oleh allahyarham Ustaz Fadzil Noor,. 'mana ada orang yg kena cuka getah, gatal tangan saja, kalau betul cuka getah dah luruh daging semua'.
Kadang cara dema menipu ni menonjolkan kebodohan mereka sendiri.
Cara dema Umno / BN manipulasi isu buat rakyat nak muntah. Tapi apa mau buat, dema takkan sedar, kerana akal dema cap dacing yg outdated dan perlu mental revise.
Just light tissue injury, no crack, no severe bruises lah. Tapi rengeknya lebih macam kaldai kena cili.
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam, mengalami kecederaan tisu lembut.
Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95.
"Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini.
Abdul Azeez berkata, hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak.
Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini. BH
No comments:
Post a Comment