Written by Faisal Mustaffa link | ||
Tuesday, 06 October 2009 22:01 | ||
Aku mendapat tahu melalui teman aku yang bertugas di pengkalan laut Lumut, Perak bahawa anggota tentera akan berada di sesebuah pengkalan tidak melebihi tiga tahun. Menurut Wahid, di dalam sebuah pentadbiran kapal laut perang, terdapat sekurang-kurangnya empat unit dan setiap unit mempunyai penyelianya yang tertentu. Setiap kapal mempunyai lebih kurang 100 anak kapal dan sekiranya diambil purata, setiap unit mempunyai 40 anak kapal. Setiap anak kapal akan dipindahkan dalam masa tidak melebihi tiga tahun. Anak-anak kapal ini juga tidak memeriksa senarai pemilih sama ada ditukar kawasan pengundian mereka tanpa diberitahu. Perkara kurang mengambil berat seperti inilah yang diambil kesempatan oleh pihak lain untuk melakukan manipulasi. Aku terbaca cacatan pengalaman pengerusi jawatankuasa undi pos Dewan Pemuda PAS pusat Suhaizan bin Kayat melalui blog cenangau.blogspot.com bertarikh Oktober 2 lalu bersama Pengerusi SPR tidak berapa lama dahulu.
Kisah pengalaman Pak Abu tidak banyak bezanya dengan pengalaman Wahid. Bagi pengundi pos yang tidak mengambil kertas undi mereka kerana berpindah, Wahidlah yang akan menyimpannya dan memangkah bagi pihak mereka yang tidak menuntut; dan Wahid pangkah semuanya dacing! Picture taken from The Royal Malaysian Navy official websiteKertas undi pos hilang di Lumut Kisah di Lumut bukannya bermula sejak kisah pengalaman Wahid pada 1994. Malah pada pilihan raya umum sejak 1990, kawasan Parlimen Lumut sahaja mencatatkan jumlah kertas undi yang tidak dipulangkan sebanyak 2,763 keping pada pilihanraya umum tahun 1990, dan meningkat ke 3,487 pada pilihanraya umum tahun 1995. Angka ini dipersetujui oleh pengerusi SPR ketika itu.
Wong Chin Huat, seorang penyelidik bertugas dengan Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala itu, telah mendedahkan bahawa sebanyak 8,176 kertas undi tidak dipulangkan di Lumut sewaktu pilihanraya umum tahun 1999. Angka lebih lapan ribu kertas undi yang hilang ini petanda satu penyelewengan besar telah berlaku. Manakala pada pilihan raya umum tahun 2004, sejumlah 5,486 kertas undi juga hilang dengan begitu sahaja. Dalam setiap pilihan raya umum untuk empat kali berturut-turut, kertas undi hilang paling banyaknya di kawasan Lumut yang berpengkalan tentera laut. Di dalam sistem undi pos yang diamalkan, kit pengundi pos yang dikeluarkan kepada pengundi-pengundi pos mengandungi Borang 2, yakni, ‘Borang Deklarasi Identiti’ yang mengandungi kedua-dua nama anggota polis dan tentera (yang mengundi) dan nombor siri kertas undi. Dalam keadaan Borang 2 tersebut akan diletakkan di dalam sampul surat bersama-sama dengan kertas undi yang dipulangkan sebagai undi dikira, adalah sangat menggusarkan apabila pilihan yang dibuat oleh pengundi polis dan tentera akan diketahui dan mereka bakal berhadapan dengan sebarang kemungkinan sekiranya mereka mengundi pembangkang. Semua ini berlaku dengan ketiadaan agen-agen parti politik, membawa kepada kebarangkalian besar yang sangat tidak munasabah apabila ‘pihak ketiga’ boleh menandakan kertas undi tersebut bagi pihak pengundi, yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada anggota tentera/polis untuk diserahkan semula. |
Wednesday, October 7, 2009
Siapa pangkah undi pos anggota tentera yang pindah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lagu Jihad
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7
No comments:
Post a Comment