Monday, October 26, 2009

Datuk Mustafa Ali Tak Kecil Hati

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak berasa kecil hati atau terluka dengan kata-kata Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang melabelkannya sebagai “dua tiga kerat pemimpin dalam parti itu yang bermasalah.”
“Jika ditanya apa perasaan saya (tentang komen Nik Aziz itu), saya nak kata, saya orang yang paling tenang hari ini. (Walaupun) Tok Guru menyebut nama saya tapi saya tak rasa terluka (dengan komentarnya itu),” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pagi Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada artikel di blog TG Nik Aziz itu yang mengaitkan namanya secara langsung sebagai salah seorang yang masih menjuarai konsep kerajaan perpaduan yang melibatkan Umno.
Mustafa memanggil sidang akhbar itu untuk memaklumkan bahawa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan supaya satu pertemuan di antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan semua Pesuruhjaya PAS Negeri diadakan pada Rabu ini jam 8.30 malam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut untuk menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit mengenai cadangan TG Nik Aziz khususnya berhubung desakan supaya diadakan Muktamar Agung Luar Biasa (EGM).

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7