Beginilah sukarnya penduduk Kampung melakukan
Gotong-royong Projek Air Paip Percuma apabila
peruntukan yang dijanjikan tidak kunjung tiba...
Hanya kerana marahkan Penduduk Kampung yang menerima sumbangan RM5000 daripada Wakil Rakyat mereka iaitu YB Chang Lih Kang dari Pakatan Rakyat,maka rata-rata penduduk Kg Sg Itek menanggung kesusahan apabila peruntukan untuk projek air percuma di kampung itu berjumlah RM10 000 tidak diberi oleh YB Hamidah seperti yang telah dijanjikan.Gotong-royong Projek Air Paip Percuma apabila
peruntukan yang dijanjikan tidak kunjung tiba...
"Mengapa YB Hamidah buat kami begini,sedangkan beliau adalah ketua Umno Bahagian Gopeng dan ADUN Sg Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri,YB perlu ingat bahawa rata-rata penduduk kampung ini adalah berkeahlian Umno," jelas En. Ibrahim selaku Bendahari projek air paip percuma ini.
"Oleh kerana beliau tidak mahu memberi peruntukan tersebut,maka kami penduduk kampung berpakat dan bersetuju agar projek tersebut dibuat secara bergotong-royong dan dana yang tidak mencukupi itu terpaksalah dikutip dari penduduk kampung yang miskin dan susah,"tegas beliau lagi.
Bai : Wa pun hairan juga..dua hari lepas ada di masukkan kisah ini dalam Sinar Harian tapi tak sebut langsungpun yang YB Hamidah tak bagi duit tu lagi..mungkin Sinar Harian dah tukar jadi Sinar Umno kut..sebab dalam edisi hari tu juga ada dipaparkan gambar YB Hamidah bagi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Ara Payung Bt Gajah siap cerita panjang-panjang yang memuji Yb Hamidah.
Sumber Gambar Oleh: Firdaus
Sumber Gambar Oleh: Firdaus
No comments:
Post a Comment