Tuesday, March 23, 2010

YB Midah Cuba Ceroboh Surau Song Choon Lagi?

Taman Song Choon, Ipoh - Jika sebelum ini ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman bertindak menggunakan surau Al-Falah Taman Song Choon, Ipoh walaupun tanpa mendapat kebenaran dari AJK surau tersebut, kali ini beliau difahamkan sekali lagi cuba untuk menggunakan surau tersebut bagi tujuan politik beliau.

Salah seorang AJK surau Taman Song Choon memaklumkan bahawa wakil Yb Midah telah datang menemui salah seorang AJK surau tersebut untuk memaklumkan hasrat mereka namun ditolak mentah-mentah . Walaupun cuba dipujuk oleh Ketua Bahagian Umno Gopeng yang menjanjikan sumbangan seekor lembu dan wang ringgit , beliau tetap dengan pendirian bahawa AJK surau tersebut tidak akan membenarkan program tersebut diadakan di surau Taman Song Choon. Ini ekoran dari tindakan biadap umno yang menggunakan surau tersebut sebelum ini yang menggunakan surau bagi program politik walaupun tanpa kebenaran AJK surau.

Walaupun wakil umno cuba untuk mengatakan bahawa surau bukan milik PAS, AJK surau tersebut menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri.

Cadangan dari Yb Midah sendiri tidak dipersetujui oleh beberapa ahli umno di taman tersebut. Mereka mengatakan bahawa ahli-ahli umno "dipulau" oleh masyarakat sekeliling selepas tindakan umno menceroboh surau sebelum ini. Malahan ada di antara kenduri yang diadakan oleh ahli umno tidak dihadiri masyarakat setempat dan ada di kalangan mereka yang malu bergaul dengan masyarakat lantaran tindakan pemimpin umno bahagian terutamanya Hamidah sendiri yang tidak menghormati AJK surau.

Sebelum ini umno telah menganjurkan program memasak bubur assyura di surau tersebut walaupun tanpa kebenaran dan akhirnya program tersebut dipulau oleh masyarakat sekitar dan YB Hamidah terpaksa membawa ahli-ahli umno dari luar bagi memenuhkan kerusi-kerusi yang kosong. Mereka juga terpaksa menebalkan muka menghantar bubur lambuk dari rumah ke rumah selepas tiada masyarakat yang hadir untuk mengambilnya sendiri.

DPPKG - Hairan kenapa umno beria-ia sangat hendak menggunakan surau taman song choon sedangkan mereka boleh menggunakan banyak lagi masjid dan surau di sekitar DUN Sungai Rapat tanpa halangan.

3 comments:

  1. "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

    Alhamdulillah, Allah SWT telah menolong pihak yg benar. Keangkuhan, riak dan tamak para pemimpin dan pengikut PKR telah Allah tunjukkan melalui kekecohan dlm pentadbiran PKR. Allahuakhbar!

    ReplyDelete
  2. Masak bubur pun dipolitikkan.
    Ini lah ajaran TGNA (tok guru konon!) supaya "bermusuh2han lah kamu dan putuskanlah ikatan silaturrahim dgn saudara seIslammu" dan "marilah kita bekerjasama dgn syaitan".

    ReplyDelete
  3. Wahai Paeh,
    Apa salahnya kalau ada orang yang ingin berurusan dengan surau di Taman Song Choon. Yb Hamidah dan UMNO tidak berniat pun menjadikan surau dan masjid bagi tujuan politik sebagaimana yang PAS lakukan.
    Kita tahu niat sebenar AJK Surau tersebut hingga tidak membenarkan YB Hamidah walaupun untuk tujuan yang murni.
    Artikel ini menyebut “AJK surau tersebut yang menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri” menunjukkan bahawa sikap AJK sebagai juara mempolitikkan surau.
    Kita tahu PAS mempunyai program ceramah politik di surau tersebut. Dengan membuat tuduhan bahawa ahli UMNO tidak berminat ke surau dan hanya ahli PAS sahaja yang komited menunjukkan mereka menjadikan surau itu sebagai pentas politik setelah surau dan masjid lain tidak dapat dikuasai oleh PAS.
    Ditambah pula dengan tindakan PAS yang meminda AJK masjid baru-baru ini di beberapa daerah di Perak mempunyai niat politik di sebalik pengunaan surau dan masjid.
    Janganlah cuba melaga-lagakan ahli UMNO yang kononnya tindakan YB Hamidah tidak dipersetujui oleh ahli UMNO itu yang dianggap menceroboh surau berkenaan.
    Tindakan dan niat PAS dan ahlinya untuk menguasai surau dan masjid boleh difahami dan disedari oleh semua orang bagi menunjukkan bahawa PAS ADALAH JUARA ISLAM.
    CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAPI EKORNYA BERGELUMANG DENGAN TAHI.
    Sedarlah wahai penyokong PAS bahawa PAS TIDAKLAH SEKUAT MANA TAPI BERKOKOK SIANG DAN MALAM UNTUK MENUNJUKKAN DIRINYA SEBAGAI JUARA POLITIK.

    Walaupun PAS juara Islam, niat dan tindakan pemimpin dan penyokong PAS masih mengamalkan politik kotor.

    Sekian.

    ReplyDelete

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7