Wednesday, April 14, 2010

Malaysia Harus Kekalkan Sikap Berkecuali

Kehadiran Perdana Menteri untuk menghadiri Nuclear Security Summit yang diadakan di Washington dan pertemuan dengan Presiden Barrack Obama seharusnya digunakan untuk menyatakan pendirian berkecuali negara dan seharusnya menyalurkan suara negara-negara Islam dalam soal keselamatan dunia dari ancaman Senjata Pemusnah atau WMD.


Malangnya melalui laporan yang dikeluarkan oleh AFP, Malaysia dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk menghantar amaran atau 'clear signal' kepada Iran mengenai rancangan memajukan teknologi nuklear mereka. Walaupun tidak diperincikan apakah bentuk 'clear signal' tersebut, ia sudah pastinya selari dengan sikap Amerika yang selama ini yang menjadi penyokong kuat kepada hukuman Penggantungan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu ke atas Iran.


DPPKG berpandangan seharusnya sebagai sebuah negara yang dihormati oleh negara-negara Islam lain, Malaysia seharusnya memainkan peranan untuk mempertahankan hak kerajaan Iran untuk membangunkan teknologi nuklearnya sendiri tanpa membahayakan keselamatan dunia. Perdana Menteri juga yang mempunyai hubungan baik dengan Presiden Mahmoud Ahmadenijad seharusnya memberikan penerangan tentang rancangan Iran dan pematuhannya terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

DPPKG juga berpendirian, sewajarnya Malaysia sebagai sebuah negara Islam mendesak agar Amerika Syarikat turut mengenakan tindakan tegas kepada Israel untuk turut patuh kepada resolusi PBB dan AIEA dan tidak bertindak menyebelahi kerajaan haram itu dan mengamalkan double standard terhadap status senjata nuklear mereka dan bukannya menyokong tindakan berat sebelah Amerika terhadap Iran.

Tindakan menyatakan pendirian bersama antara Malaysia-Amerika Syarikat ini sudah tentunya menimbulkan tanda tanya tentang pendirian yang diamalkan oleh negara selama ini. Apakah ini petanda awal tentang polisi kerajaan yang lebih cenderung kepada Amerika Syarikat yang sudah tentunya akan dikaitkan dengan penasihat kerajaan, Association of Public-Safety Communications Official atau APCO.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7