Friday, May 21, 2010

RAKYAT BANGKIT MENENTANG JUDI BOLA SEPAK


Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Al – Maidah ayat 90


Ipoh : 21hb Mei 2010 satu demonstrasi telah diadakan bagi membantah keputusan kerajaan meluluskan judi bolasepak melalui Kementerian Kewangan. Bantahan ini adalah amat bertepatan di atas larangan dan amaran Allah melalui surah Al-Maidah ayat yang ke 90.


Namun atas dasar kejahilan dan semua ulamak yang berada dalam kerajaan tidak membantah dan berdiam diri atas keputusan ini menyebabkan pemerintah memekakkan telinga mereka. Amat lebih dukacita apabila menteri yang menjaga hal ehwal agama tidak memberi apa-apa kenyataan beliau. Maka benarlah dunia telah menghantuai beliau.


Bagi Menteri Besar Perak yang diluluskan oleh mahkamah dan Ustazahnya yang asyik hendak menggunakan surau dan Sekolah Agama Rakyat (YB Hamidah Osman ),,,untuk tujuan berpolitik dan gimik politik, di manakah peranan mereka. Bukankah YAB Menteri Besar telah mula belajar untuk mendekati agama dengan mengadakan usrah di kediamannya. Apakah Menteri Besar hanya menggajak rakyat bersyukur dan solat hajat untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja dan menggantungkan gambar tanda syukur dengan meniru gambar Tuan Guru Nik Abd Aziz apabila beliau menang di mahkamah,,namun berdiam diri atas isu ini. Ingat anda turut di tanya di mahkamah Allah akan peranan anda yang bersekongkol dengan kelulusan ini. Mungkin di mahkamah dunia anda berjaya merebut jawatan Menteri Besar tetapi di mahkamah Allah anda bakal menerima kekalahan kerana mengingkari akan perintah NYa.


Paling terkesan demonstrasi ini turut melibatkan dan dihadiri bersama Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye . Turut sama ialah ADUN Simpang Pulai dan ADUN Teja. Semua rakyat harus bangun bersama menentang keputusan kerajaan ini kerana ia adalah bentuk mungkar yang jelas dan ia juga adalah menandakan betapa keras kepalanya mereka yang terlibat tidak memeperdulikan akan amaran yang Allah telah berikan dalam ayat yang berikut:

Orang-orang Yang akan diseret beramai-ramai ke neraka jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang Yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalanNya.
Al-Furqaan : 34


Mereka yang menyokong akan pelaksanaan judi bola sepak ini dan semua bentuk judi tidak akan ketinggalan akan azab yang Allah janjikan. Mereka ini termasuklah semua Ketua Pemuda UMNO seluruh Malaysia juga Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor malahan seluruh ahli UMNO .

AWAS Ahli UMNO anda dalam bahaya.!!!!!

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7