Thursday, March 24, 2011

Usrah Penerangan: Istiqamah dalam perjuangan bersama PAS

Tajuk di bawah telah dibentang oleh kami Lajnah Penerangan DPPK Gopeng di Cawangan penaja baru Taman Botani Simpang Pulai Rabu 23 mac 2011


Istiqamah dalam perjuangan bersama PAS

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Istiqamah adalah antara senjata paling ampuh yang ada di dalam Parti Islam SeMalaysia dan jamaah Islam seangkatannya sehingga mampu kekal lebih 50 tahun tanpa dana dan sumber kewangan sebagai pemacu gerak kerja ahlinya. Istiqamah adalah suatu sikap dan paradigma bukan sekadar tindak kerja. Istiqamah juga adalah falsafah hidup dan cara kita hidup. Individu tanpa istiqamah adalah individu tanpa pandangan hidup yang tepat, malah golongan yang berjuang hidup untuk perjuangan yang keluar daripada orbit rabbani, aqidah yang sahih dan hadaf yang benar, akan terkikis istiqamahnya.

Ramai juga petugas PAS hilang istiqamah kerana ketiadaan kefahaman dan ilmu dalam perjuangan. Mereka hairan mengapa berjuang islam tetapi hidup tidak kaya. Mereka hairan mengapa berjuang Islam tetapi ilmu agama tidak bertambah, akhlak tidak dibaiki malah mengapa diri sendiri tidak penting dalam masyarakat. Matlamat hidup berjamaah perlu difahami. Matlamat jamaah perlu diketahui. Ilmu berjamaah dan ilmu Islam perlu dipelajari secara berterusan dan mendalam. Inilah antara pra-syarat utama mendapat cara hidup istiqamah.

Wahai petugas PAS, sila perhatikan ayat di bawah.

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.( Surah Hud : 112)

Jelas, istiqamah adalah suatu saranan daripada Allah jika kita ingin melihat kejayaan sebarang perjuangan menuju Allah.

Kelebihan istiqamah adalah seperti berikut;

· Jika anda jahil, anda akan alim sekiranya istiqamah.

· Jika anda masih maru dalam jamaah atau berpindak ke kawasan baru, anda akan kuat, dikenali dan mampu menyertai jamaah tempat baru jika anda istiqamah.

· Jika anda dirundung masalah (melakukan kesilapan atau kesalahan), istiqamah akan merawat semuanya malah menjadikan anda individu yang bersih daripada kesalahan lampau.

· Jika anda ingin memenagkan jamaah islam, anda istiqamahlah dalam bidang (lajnah) masing-masing serta gilapkan kemahiran dan bakat dengan menyertai pelbagai program takwin dan tanfizd yang dianjurkan oleh PAS Kawasan dan Negeri atau Pusat.

Dalam ayat di atas, Allah juga mengingatkan kita jika kita istiqamah jangan sesekali kita melampaui batas, mengada-ngada, bertindak ghuluw kerana golongan ghuluw dan toghut selalunya akan gugur daripada perjuangan Islam.

Ayat istiqamah adalah ayat yang paling berat bagi Rasulullah. Jika Rasulullah risau berkenaan isu istiqamah, bagaimana pula dengan kita petugas PAS masih masih jahil dan kerdil?

Ibnu Abbas RH mengkhabarkan semasa sahabat berbual dengan Nabi SAW, mereka berkata “ Betapa cepat engkau beruban, jawab baginda, yang membuatku beruban adalah Surah Hud dan surah-surah yang seumpamnya ( Tafsir Al Qurtubi, riwayat At Tarmizi, disahih oleh al AlBani)

Istiqamah berbeza dengan istilah konsisten kerana istilah ini ada tafsirannya :

· Saidina Abu Bakar menyatakan maksud istiqamah adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesiapa.

· Umar Al Khattab menyatakan lurus pada ketaatan dan menjauhi larangan.

· Imam An Nawawi berkata istiqamah adalah lurus atas ketaatan hingga mati.

Istiqamah bukan perkara mainan malah memerlukan mujahadatun nafs (bermujahadah dan berjihad melawan nafsu).

Istiqamah ada kaitannya dengan berazam. Azam (a’zama secara harfiah bermakna menetap cita-cita yang pasti) dalam bahasa arab bukan sekadar berangan-angan atau impian tahun baru dll, sebaliknya azam adalah kemahuan perlaksanaan kerja yang istiqamah, bersungguh-sungguh dan disertai dengan tawakal.

“kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.” (Ali Imran : 159)

Kerana itu Rasul-rasul yang bergelar Ulul Azmi adalah rasul yang berazam atau bertekad kuat malah berusaha keras melawan kaum masing-masing serta menghadapai tribulasi paling teruk berbanding rasul lain. Inilah makna azam yang sebenarnya.

Tujuan PAS mendidik ahlinya adalah untuk menghasilkan Muslim haraki. Menurut Ustaz yahya Othman dalam bukunya Amal Jamaiy Pengertian dan Tuntutannya, Muslim Haraki adalah individu yang

· Mengiklan secara terbuka bahawa beliau bekerja untuk membina masyarakat Islam.

· Mendirikan Negara islam yang menyeluruh.

· Mengembalikan kepimpinan Islam.

Muslim haraki bermakna orang muslim yang bergerak. Bergerak bererti muslim itu beramal dan berjihad. Jihad dan amal perlu istiqamah jika inginkan kejayaan islam. Istiqamah adalah TERAS Muslim haraki.

Untuk ahli PAS melaksanakan cara kerja istiqamah, mereka perlu meneliti gagasan yang diterapkan oleh Abu A’la Al Maududi dalam bukunya Pra Syarat Kejayaan harakah Islamiyyah.

· Menjauhi sikap sombong dan takbur sehingga menganggap kerja Islamnya lebih baik berbanding rakan yang lain.

· Riya’ serta sering menceritakan kehebatannya dalam kerja jamaah sehingga akibatnya istiqamah akan hilang dengan sendirinya sebaliknya beliau hanya asyik dengan kehebatan sendiri.

· Ahli jamaah yang berniat buruk dalam jamaah pasti akan hilnag nilai istiqamahnya.

· Sikap mementing diri, ananiyah, selfish, individualism serta budaya elitism.

· Pemikiran sempit, tidak mengikuti wacana dan arus perubahan polisi jamaah.

Antara asas penting untuk istiqamah adalah mendalami cara hidup jihad dalam amalan seharian samada dalam kerjaya, berumahtangga dan bekerja dalam jamaah. Tanpa jihad jangan harap petugas PAS tanpa wang dan ganjaran sanggup berpanas, berhujan malah dibuang pekerjaan semata-mata untuk kerja jamaah.

Jihad politik (jihad siasiy) adalah istilah yang digunakan oleh Said Hawwa dalam bukunya Jundullah Saqafatan wa Aqlaqan. Takrifan jihad politik adalah setiap usaha yang dilakukan untuk mempertahankan dan memajukan islam dalam apa jua bidang seperti politik, pendidikan, ekonomi dan lain-lain’.

Asal istilah jihad digunakan oleh ulama’ fiqh untuk permasalahan bab fiqh peperangan dalam islam. Kini peperangan diterjemah dalam pelbagai bentuk termasuk berperang menentang ideologi ilhad daripada pihak kuffar.

Said Hawwa juga berkata ‘ Jihad politik adalah usaha yang dilakukan untuk menegak kerajaan Islam yang adil melalui saluran politik, ememgang amanah pemerintahan da mempertahankannyadaripada serangan musuh’.

Menurut Dr Syed Mohamad Syed Hasan dalam bukunya Wehdatul Fikri Asas Kecemerlangan Jamaah, antara sikap yang merosakkan kerja istiqamah dalam pergerakan jamaah adalah

· Menganggap peranan memajukan Parti terletak di bahu pemimpin semata-mata.

· Menganggap muktamar atau mesyuarat agong medan mengkritik habis-habisan atau tempat menunjuk kemahiran bercakap.

· Lambat bertidak terhadap arahan , sikap menangguh kerja.

· Menghadiri mesyuarat dengan tangan , otak dan minda yang kosong.

· Mengguna masa yang lama untuk mesyuarat.

· Setiausaha menjadi ketua, manakala ketua menjadi pak angguk.

· Setiausaha hanya berperanan menjadi penghantar surat dan pencatat minit.

· Bendahari hanya menjadi penjaga akuan sahaja.

· Jawatankuasa hanya sekadar pencukup korum tanpa tugas khas.

· Keputusan mesyuarat tidak dilaksanakan.

· Sikap melawan arahan pimpinan.

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

· Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 ) Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

· Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: (Surah Ibrahim ' Ayat 27)Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....

· Istiqamah perbuatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.

Tahukah anda sikap istiqamah juga menjadi intipati gejala indhibat dalam jamaah? Indhibat adalah disiplin dalam berorganisasi. Maksud indhibat menurut Dr Adil Syuwaikh dalam bukunya Al Indhibat adalah “ kehampiran seseorang dalam melaksanakan komponen kerja yang dituntut secara termampu secara tepat degan syarat perkara itu dilakukan pada waktu yang ditetapkan dan ia sebahagian daripada kerja yang menyeluruh ditugaskan”.

PAS yang berjaya di Kelantan dan beberapa negeri berpunca daripada sikap disiplin mereka yang amat tinggi dalam usaha melaksanakan SEMUA perancangan mereka. PAS yang kurang berjaya di beberapa tempat diakibatkan semua kerja hanya tertulis indah di KERTAS KERJA tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Terdapat ramai mahasiswa dan pelajar sekolah agama yang ditarbiah d sekolah masing-masing tetapi meninggalkan parti apabila sampai usia alam bekerja. Ada yang meninggalkan kerja jamaah apabila menerima kenaikan pangkat. Bukan sekadar jasad tiada dalam majlis jamaah, malah malu alah untuk menjawab SMS dan panggilan dari sahabat jamaah sendiri. Ini petanda kehilangan intima’ diri daripada jamaah dan ia amat berbahaya.

Seluruh ulama’ berpendapat bahawa istiqamah musnah jika kita bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik, bermotivasi rendah malah pesimis terhadap kerja Islam. Malah sikap istiqamah akan musnah apabila terlalu banyak berkecimpung dengan urusan dunia. Kerjaya perlu dijadikan asbab (sebab musabab) untuk menjalankan kerja Islam kerana kerjaya menjamin wang untuk tanggunjawab berumahtangga serta wang untuk berjuang, bukannya kerjaya asing, jamaah asing.

Istiqamah adalah lambang ahli PAS telah mencapai darjat golongan multazimin yang ruh dan jasadnya untuk agama dan jamaah Islam.

8.56 pm

21 Mac 2011

Seputeh Permai

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7