Wednesday, May 18, 2011

Main bola Sepak bersama Dewan Pemuda PAS Gopeng dan Calon PAS Sg Rapat



Pemuda Pas Kawasan Gopeng telah mengambil inisiatif dibawah Lujnah Sukan, Seni kebudayaan dan Reakreasi sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendekati masyarakat khususnya golongan muda dengan Pas.

Tarikh : 1I JUN 2011 SABTU.

Masa: 08.00 PAGI.

Tempat: Padang Taman Lapangan Jaya.



Hal ini kerana ,senario sekarang ini golongan muda dilihat sukar untuk mendekatkan diri dengan setiap program yang dianjurkan oleh Pas kerana beranggapan Pas merupakan sebuah parti yang ektremis agama.

Malah dalam kalangan ahli Pas sendiri dilihat kurang memberikan komitmen dalam setiap program yang dianjurkan. Atas kesedaran ini, Pemuda Pas Kawasan Gopeng telah memutuskan agar Lajnah Sukan Seni Kebudayaan dan Reakreasi perlu bergerak aktif memandangkan golongan muda dilihat lebih berkecenderungan kepada program-program yang berbentuk hiburan dan sukan.

Secara tidak langsung, Pemuda dapat mendekati golongan muda ini dengan lebih mudah kerana mereka sendiri akan melihat agenda sebenar Pas iaitu tidak seperti yang diuar-uarkan oleh media massa.


Perlawanan ini diserikan dengan kehadiran bakal Calon PAS DUN Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon.

Tahniah Lajnah Sukan Dewan Pemuda Gopeng serta Ustaz Radzi yang bertindak selaku tetamu istimewa kami.

No comments:

Post a Comment

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7